muhyiddin kuli madey sanusi pressUmno perlu digulingkan daripada kuasa jika terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Parti itu perlu digulingkan.

“Tetapi pembangkang tidak mempunyai majoriti,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada Umno perlu disingkirkan.

Antara ungkapan songsang bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia dengan cara kekang siapa sahaja yang melawan cakapnya. Ungkapan sebegini adalh biasa bagi Mahathir dan ianya mempunyai maksud yang amat mudah untuk difahami, Mahathir ingin mengajak semua rakyat Malaysia agar menyerahkan kuasa pentadbiran kepada DAP, PKR, PAS danPAN. Dengan kata lain, kuburkan UMNO.

Baca: Mahathir Sedia Korbankan Anak-Anaknya Demi ‘Bunuh Najib’?

Mahathir juga menolak sebarang harapan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana katanya, ahli parlimen Umno tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya semalam ketika mengumumkan bahawa dirinya akan keluar Umno.

Sebelum majlis itu, Mahathir berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, dan Hanipa Maidin dari AMANAH dan naib presiden PKR Tian Chua.

Beliau berkata mereka berbincang dan bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.

Ditanya apa langkah seterusnya, Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib.

“Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

“Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib,” katanya.

Namun, menurut Mahathir, dirinya tidak akan mengetuai kumpulan teras itu.

“Saya akan jadi seorang daripada (ahli) mereka bukannya ketua,” kata Mahathir.

Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.