Memang tidak disangkal bahawa dakwaan parti DAP bahawa UMNO adalah parti yang memusuhi masyarakat kaum Cina di negara ini adalah semata untuk meraih kemenangan politik, rakyat sendiri memahami bahawa tindakan pembangkang yang diketuai oleh DAP adalah berniat jahat sebenarnya.

Terbukti tindakan kaum Cina didalam pakatan pembangkang terutama DAP hanya mahu mengelirukan rakyat negara ini, kononnya merekalah pembela nasib rakyat selama ini dan bukannya UMNO atau Barisan Nasional.

DAP seolah tidak mahu menerima hakikat bahawa dinegara ini lah yang diterajui oleh UMNO bersama rakan komponan lain didalam Barisan Nasional telah membangunkan negara ini tidak kira apa kaum pun sekali, baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan beberapa etinik yang selainnya.

Rakyat kini telah memahami bahawa DAP sering memainkan isu perkauman dan sering mengapi-apikan semangat perkauman dan kemudiannya memalingkan masalah kepada UMNO, sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa UMNO terlebih banyak membantu membangunkan masyarakat Cina di negara ini.

Malah masyarakat Cina dinegara ini dirasakan lebih beruntung bernaung dibawah kerajaan Barisan Nasional kerana hanya Cina di Malaysia sahaja yang mendapat pelbagai keistimewaan jika dibandingkan dengan negar-negara lain di dunia dimana masyarakat Cina turut berada disana.

Masyarkat Cina sendiri mengetahui bahawa mereka mendapat pelbagai keistimewaan termasuk mengamalkan budaya nenek moyang mereka dan juga bebas meraikan budaya dan adat kaum mereka disini.

Rakyat harus disedarkan bahawa UMNO lah sebenarnya yang banyak melakukan pembelaan terhadap kaum Cina jika dibandingkan dengan parti pembangkang DAP yang lebih banyak berpolitik dari melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang telah mengundi mereka.

Benar seperti yang di ungkapkan oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO, bahawa UMNO adalah satu-satunya parti di dunia yang bertoleransi terhadap masyarakat Cina, masyarakat Cina dinegara ini dibenar melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan adat dan budaya mereka berbanding di negara lain.

Malah untuk mengekalkan nama Cina mereka sebagai gambaran bahawa mereka adalah dari kaum Cina juga tidak pernah di halang dari melakukannya dinegara ini.

Ini telah menjadi bukti sejak sekian lama bahawa pembelaan terhadap kaum Cina di negara ini dilakukan oleh UMNO dan bukannya DAP dan perkara ini adalah realiti.

Terkini pihak pembangkang kembali menyemai dengan api kebencian kaum bila mereka mula menakut-nakutkan rakyat khususnya kaum Cina bahawa kerjasama UMNO dan PAS akan memberi tekanan kepada kehidupan masyarakat Cina.

Apa yang perlu kaum Cina faham dan jelas bahawa hubungan baik PAS dan UMNO adalah semata kerana urusan agama Islam di negara ini dan ianya tiada kaitan dengan peganut agama lain.

Kaum Cina di negara ini harus sedar bahawa PAS dan UMNO jika bergabung pun bukan untuk menimbulkan ketakutan kepada agama dan bangsa lain kerana Islam sendiri tidak sesekali memusuhi agama lain.

Apa yang UMNO lakukan hari ini dan semenjak dahulu lagi adalah semata mahu melihat rakyat negara ini hidup didalam suasana muhibah, hormat menghormati antara satu kaum kepada kaum yang lain dan tidak mengira latar belakang politik mereka.

Jika UMNO memberi bantuan maka semua yang layak pasti akan mendapatnya tidak kira latar belakang parti politk mereka contohnya seperti BR1M.

Jadi diharapkan kaum Cina di negara ini teruskan memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dan menolak fahaman sempit parti pembangkang terutamanya DAP.