Seorang pemimpin parti politik Sabah yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana berjumlah RM180 juta bagi projek luar bandar di negeri itu dimasukkan ke hospital swasta dekat sini malam tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 46 itu dimasukkan ke Hospital KPJ Damai disebabkan kekurangan air di dalam badan serta tekanan darah tinggi.

Individu itu yang perintah remannya disambung tiga hari lagi bermula semalam adalah antara tujuh yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes itu yang disiasat menurut Seksyen 17A Akta SPRM 2009 merupakan sebahagian daripada dana berjumlah RM1.5 bilion dari sebuah kementerian yang disyaki diselewengkan bagi tempoh 2009 dan 2015.