SHAH ALAM: UMNO Selangor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa oleh kerajaan negeri Selangor berhubung pemberian tanah di Sungai Yu, Tanjong Karang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya mendapati pengagihan tanah di kawasan itu diberikan kepada kroni ataupun individu yang berkaitan termasuk ahli keluarga kakitangan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan ‘siasatan’ terperinci berhubung dakwaan itu daripada orang ramai dan mendapati memang wujud unsur penyalahgunaan kuasa.

Noh berkata, daripada 400 permohonan untuk mendapatkan tanah yang telah sekian lama diterokai, hanya 175 individu saja yang diluluskan.

“Ada antara jawatankuasa ini memberi tanah kepada diri dia sendiri…kepada isteri dia, kepada anak-anak dia. Jadi, di mana konsep integriti yang dinyatakan oleh Menteri Besar.

“Bagi saya tindakan kerajaan negeri ini sebagai tindakan mengambil hak daripada rakyat, sepatutnya yang layak mendapat tanah ini pendapatan RM3,000 ke bawah.

“Jadi kalau selama ini kerajaan negeri mengatakan bahawa mereka berintegriti, telus dan Menteri Besar bukan penyamun atau perompak, …tapi hari ini menunjukkan kerajaan negeri cakap tak serupa bikin,” kata Noh dalam satu sidang media.

Noh berkata, tidak kerajaan negeri itu bukan saia menzalimi rakyat, malah jelas terbukti mengambil hak rakyat yang sepatutnya mendapat tanah berkenaan.

“…Kerajaan negeri Selangor bapa penyamun, bapa perompak kerana dia mengambil hak orang miskin.

Sementara itu, Noh turut menyelar sikap kerajaan negeri yang cuba melepas tangan akibat kepincangan mereka apabila meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pejabat daerah.

CC SELANGORPOST.COM.MY