gerbang bunuhSiapa individu sebenar dalam skandal Gerbang Selangor yang membuat Azmin berdiam diri hingga hari ini dan enggan mendedahkan penderma Rm9.8 juta.

Rm9.8 juta yang digembar gemburkan sebagai dana penderma hanyalah helah PKR mengalih perhatian rakyat Selangor dari isu yang melanda kepimpinan PKR mentadbir Selangor. Dengan ketirisan dalam perbelanjaan negeri yang diuruskan PKR, maka Azmin perlu memikirkan strategi untuk menutup kelemahannya yang mengambilalih pentadbiran Selangor selepas menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Baca: Kenyataan Mengelirukan: Tindakan Tegas Terhadap Pengarah Operasi Khas SPRM

Tindakan Adun Taman Medan, Haniza Talha yang turut bersekongkol dengan Azmin ternyata menjadi tanda tanya kepada rakyat Selangor. Mungkin wujud satu hubungan yang tidak diketahui antara mereka untuk membolot hasil dari keuntungan projek berkenaan dan mengagihkan sebahagian dari laba kepada parti sekutu.

Presiden PKR tidak langsung mengulas mengenai ketelusan pemberian tender projek Pintu Gerbang Selangor sepatutnya dipersoalkan oleh ahli parti itu sendiri. Slogan Pakatan Rakyat yang menjanjikan ketelusan dalam setiap urusan mereka kini semakin pudar akibat mabuk kuasa setelah berjaya mengekalkan kedudukan di Selangor selama dua penggal.

Tony Pua yang dikenali sebagai individu yang lantang dalam PAC mengenai isu 1MDB juga tidak mengulas akan harga yang diluluskan untuk mengecat Gerbang yang memisahkan Wilayah Persekutuan dan Selangor. Tidak dapat dipastikan mengapa Pua yang lancang mengkritik 1MDB tidak bertindak sama dalam isu yang membabitkan PKR Selangor.

Baca: Pegawai Bahagian Operasi Khas SPRM Ditangkap

Pua juga enggan mengulas mengenai siapakah penderma yang Haniza maksudkan sebagai pembiaya projek berkenaan. Apakah Rm9.8 juta yang didahulukan kerajaan Selangor (menurut Haniza akan dibayar semula oleh penderma) itu terlalu kecil untuk Pua bersuara atau beliau dijanjikan habuan untuk menutup mulut.

Tidakkah tindakan DAP yang tidak mempersoalkan ketelusan PKR meluluskan peruntukan sejumlah hampir Rm10 juta seperti menyorokkan sesuatu dari pengetahuan rakyat Selangor.

Sebenarnya apa muslihat Azmin enggan mendedahkan indvidu misteri di sebalik nama penderma skandal Gerbang Selangor. Tidak dipastikan sejauh mana manafaat projek yang membazirkan jutaan ringgit wang rakyat Selangor semata mata untuk Pintu Gerbang.

Mana ketegasan SPRM menyiasat perkara ini? Kalau isu novel lucah yang tidak seberapa harganya pun SPRM mahu siasat mengapa skandal sebesar ini hanya di pandang sebelah mata.

Aspek keselamatan tidak di peduli oleh kontraktor yang bertanggungjawab hingga terjadi kejadian menggantung mayat di pintu gerbang tersebut. Kelemahan yang ketara ini dikatakan berpunca dari kontraktor yang terpaksa membayar sejumlah wang kepada kerajaan Selangor semata mata untuk memenangi tender pintu gerbang.

Individu yang dikatakan sebagai penderma tidak pernah disiasat oleh SPRM mengenai kekayaannya sehingga sanggup membiayai hingga Rm9.8 juta. Tindakan berdiam diri pihak SPRM pula dikaitkan dengan penglibatan salah seorang individu berpengaruh dalam agensi tersebut dengan parti pembangkang. Malah negara telah digemparkan dengan pembongkaran mengenai seorang isteri kepada seorang pengarah siasatan yang menyalurkan maklumat tidak sepatutnya kepada umum mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

Malah lebih memburukkan keadaan, PKR merancang untuk mengadakan ‘road tour’ untuk membebaskan Anwar dan ini akan memakan belanja yang besar. PKR pasti akan menagih simpati dari penderma untuk meneruskan agenda peribadi keluarga Presiden PKR dan ini menjadi beban kepada penderma.

Adakah wujud unsur larikan diri dari cukai apabila Projek Pintu Gerbang yang memakan belanja RM9.8juta dilihat menggunakan kaedah rebat mengelak cukai yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan?

Adakah skandal Pintu Gerbang ini ada kaitan dengan skandal DEIG yang menggemparkan negara tidak lama dahulu?

Mengapa Umno Selangor tidak mendesak Azmin menjelaskan pembaziran wang rakyat yang dilakukan kerajaan PKR dalam skandal Gerbang Selangor.

SPRM pula seperti bersekongkol dengan pembangkang dalam hal yang membabitkan skandal wang rakyat. Mungkinkah ada rangkaian dalaman SPRM yang memantau isu membabitkan pembangkang Malaysia dari disiasat secara telus.

Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor perlu meminta Azmin menjelaskan perkara sebenar skandal Rm9.8 juta Gerbang Selangor dan mendesak SPRM membuka kertas siasatan pembaziran wang rakyat yang dilakukan PKR Selangor.

Beranikah pihak SPRM mengambil tindakan tegas kepada PKR Selangor dan menjaga intergriti agensi tersebut.

Bolehkah kerajaan menggunakan duit rakyat untuk menderma dan si penderma membayar kemudian?