Setiap pemimpin ada gaya tersendiri, ada kekuatan dan pendekatan masing-masing begitu juga dengan pesonaliti setiap Perdana Menteri di negara ini yang dilantik rakyat secara demokrasi berparlimen.

Walaupun berbeza pendekatan namun matlamatnya tetap sama, gigih membawa negara kearah perkembangan yang stabil dalam sengenap aspek.

Hari ini kita bercakap berhubung perkara yang berkait rapat dengan dasar berkecuali dan diplomasi Malaysia dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan negara luar termasuk konflik dengan negara-negara kuasa besar.

Ketika ini tumpuan diberi terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah memperolehi mandat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada 3 April 2009 sahingga kini.

Dengan hari esok 3 April 2017, genap 8 tahun kepimpinan beliau menerajui negara, lihat sahaja perkembangan baru-baru ini berkaitan ketegangan hubungan diplomatik negara dengan Korea Utara susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Apa yang dapat kita saksikan kejayaan Malaysia menyelesaikannya dalam tempoh 46 hari sahaja, terbaharu di awal pagi Jumaat lalu 9 rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang dari meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik Kuala lumpur – Pyongyang selamat tidak di tanah air.

Malah Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara kerana penyelesaian kes tersebut mesti menepati objektif rundingan yang di tetapkan kerajaan.

Betapa diplomasinya Malaysia, walaupun dihimpit dengan pelbagai pergolakan dan konspirasi yang tidak berkesudahan sejak kebelakangan ini, dalam hal ini terbukti dasar berkecuali Malaysia dan sikap tenang Dato’ Seri Najib sendiri dilihat menjadi asas pada kejayaan itu.

Perkara ini turut disokong oleh beberapa penganalisa politik antarabangsa termasuk Prof. Madia Dr. Awang Azman, mereka mengakui mana-mana negara yang berkonsflik dengan Korea Utara mungkin terpaksa mengambil masa yang panjang untuk sebarang penyelesaian dimeja rundingan dan ia dianggap sesuatu yang mustahil untuk diselesaikan dalam masa yang singkat.

Namun Malaysia membuktikan sebaliknya berdasarkan logik kes tersebut dilihat sangat sensitif jika tidak diselesaikan secara baik, malah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Aghmad Badawi merasakan nilai kejayaan kerajaan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib itu sebagai detik amat penting bagi kedua-dua negara.

Pastinya dua pendekatan tersebut berkecuali dan diplomasi tetapi penuh ketegasan yang dipegang utuh oleh Malaysia yang tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar dunia merupakan resepi utama kejayaan negara dalam menyelesaikan konsflik yang tercetus.

Dalam hal ini Perdana Menteri sendiri tidak lokek memji rakyat Malaysia yang sama-sama berdiri menyokong teguh usaha kerajaan menyelesaikan krisi diplomatik dengan Korea Utara.

Bak kata beliau didalam satu catatan bertajuk ‘disebalik dugaan’ dilaman portal beliau najibrazak.com, sokongan dari rakan-rakan kerajaan dan pihak pembangkang adalah sikap terbaik rakyat Malaysia yang bersatu padu dan tidak bermain politik apabila berhadapan dengan masalah negara dan kedaulatannya.

Apa pun kita sebagai rakyat yang mengaku sayangkan negara sewajarnya menjadikan semua dugaan dan ancaman yang datang sebagai pemankin untuk terus berdiri teguh dibelakang bendera negara Jalur Gemilang.

Setiap saat tanpa ragu sematkan kebanggan dan rasa kecintaan terhadap Negara Ku Malaysia.

Salam ulang tahun ke 8 Kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak