KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, hari ini berikutan sokongan sederhana ke atas nota tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan dibuka pada 4.0870/0900 berbanding dolar US dari 4.0875/0915 pada Khamis.

Pasaran ditutup pada Jumaat lalu sempena cuti umum Maulidur Rasul.

Seorang peniaga berkata, pengukuhan nilai ringgit disebabkan oleh harga minyak mentah yang lebih baik susulan harapan yang semakin meningkat bahawa pengeluar utama minyak terutama Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), akan mengurangkan pengeluaran.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit didagangkan lebih rendah kecuali yen.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0294/0330 daripada 3.0278/0328, rendah berbanding euro kepada 4.8509/8548 daripada 4.8355/8419, susut berbanding pound British kepada 5.5064/5121 daripada 5.5001/5072, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.6239/6275 daripada 3.6379/6424 pada Khamis.

– BERNAMA