Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) makin hampir dan semua parti sedang rancak memilih calon terbaik untuk dipertandingkan dalam PRU14 akan datang.

Tidak ketinggalan juga parti DAP Johor yang telahpun memperkenalkan seorang demi seorang calonnya di kawasan masing-masing. Namun menjadi tanda tanya mengapa kebanyakkan calon yang dipilih adalah berbangsa Cina? Mana calon dari bangsa India?

Dulu, mereka sendiri yang sering menegakkan bahawa kononnya mereka bukan parti yang rasis. Tetapi kini yang jadi sebaliknya pula.

PRU 14 – Adakah Kristian Syarat Wajib Jadi Calon DAP

Bukan itu sahaja, turut menjadi persoalan adakah kristian antara syarat wajib untuk menjadi calon DAP PRU14?

Contoh paling nyata, evangelis kristian iaitu Yeo Bee Yin dipanggil balik ke Johor. Dan berkemungkinan besar Yeo Bee Yin akan bertanding di kerusi Parlimen Bakri. Jadi benarlah Yeo Bee Yin telah digunakan untuk dijadikan manifestasi strategi DAP bagi menyebarkan agenda kristianisasi.

Tidak cukup dengan itu, majoriti calon ADUN DAP Johor yang dipilih juga adalah beragama kristian. Misalnya ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong dan ADUN Tangkak, Ee Chin Li.

Secara tidak langsung perkara ini boleh menggugat kerusi ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo. Mampukah Chew Peck Choo mempertahankan kerusi di Yong Peng atau sebaliknya? Mana tahu kerusi Yong Peng juga bakal disandang oleh pemimpin kristian DAP kelak. Jadi Chew Peck Choo harus berwaspada!

Sebagai bangsa Johor, pilihan adalah di tangan anda. Jangan sesekali tersalah buat pilihan kelak bangsa Johor juga akan teraniaya. Kesimpulannya,

Rakyat perlu membuka mata dan fikir sedalam-dalamnya sama ada ingin memberi ruang dan peluang kepada kroni-kroni DAP untuk menyebarkan agenda kristianisasi atau sebaliknya.