Gambar KubahUmumnya rakyat Selangor mengetahui bahawa Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan “Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan ‘knowledge economy‘ dengan ‘smart infrastructure’, melahirkan ‘smart people’ dan mewujudkan ‘smart government’?

Namun hakikatnya, nasib rakyat Selangor langsung tidak pernah dipedulikan oleh Azmin dek keghairahan melakukan pembaziran dan mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya sedang ‘berjoli katak’ dan berterusan memperdayakan rakyat yang memberi mandat kepada mereka selama 2 penggal memerintah Selangor.

Baca: SPRM Tidak Akan Siasat “Skandal Gerbang Selangor”?

“Biar Indah Dipandang Mata Walau Rakyat Terus Sengsara” mungkin ini tema yang paling sesuai bagi bajet yang telah dibentangkan tempoh hari.

Kalau dikaji dengan teliti maka kita akan dapat perhatikan semua kerja yang menelan kos yang besar itu hanya semata-mata kerja-kerja memperindahkan sahaja sedangkan keperluan rakyat sebenarnya ialah memperkemas serta mempertingkat kemudahan prasarana di seluruh negeri.

Itu yang lebih utama tetapi kenapa hanya sedikit perbelanjaan yang diperuntukkan bagi tujuan berkenaan?

Rakyat Selangor saban waktu sedang melalui jalan-jalan yang berlubang di sana sini. Ia semakin buruk apabila ditambah dengan sistem perparitan dan longkang yg tidak disenggara dengan baik dan amat mendukacitakan apabila kerajaan negeri Selangor di bawah PKR hanya bermegah dengan slogan hebat tetapi di manakah projek membasmi kemiskinan yang sepatutnya menjadi teras serta agenda utama selaras dengan bajet pedulikan rakyat?

Adakah rakyat mendapat manfaat langsung daripada projek-projek pengindahan yang bersifat mega dari segi peruntukan ini? Selain mahu ia dipandang cantik dan menerbitkan rasa bangga ‘gila’ bila menjadi tumpuan orang ramai untuk menjadikan ia kenangan bersejarah semata-mata, tidakkah Azmin sedar semua ‘pembaziran’ ini bercanggah dengan pernyataan ‘Smart Budget’ yang dibentangkan Azmin pada tahun lalu?

Baca: Gerbang RM9.8juta, Haniza Sengaja Menipu Rakyat Selangor?

Jika dalam projek yang digelar ‘Pintu Gerbang Azmin’, beliau memperuntukkan bajet lebih kurang RM9.8 juta dan terkini projek kubah masjid RM32.4 juta hanya semata-mata untuk memperindahkan monumen tersebut, Azmin pun tidak mampu untuk menjawap dengan baik persoalan yang dibangkitkan oleh Che’gu Bard malahan Azmin cuba menggunakan sentimen istana dan agama untuk menghalalkan keputusan yang telah beliau lakukan sedangkan masih terdapat ratusan ribu rakyat Selangor yang belum mempunyai rumah sendiri?

Persoalannya di manakah ketelusan Azmin Ali selaku Ketua Kerajaan Negeri dalam mentadbir kewangan negeri agar tidak berlaku ketirisan jika kos yang begitu besar terpaksa diambil hanya untuk melakukan pengindahan dan pengubahsuaian sebuah masjid yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM 65,723,576.00 juta?

IMG-20160207-WA0020IMG-20160207-WA0018IMG-20160207-WA0019

Timbul persoalan dan rasa ingin tahu tentang apa yang istimewa tentang syarikat ini sehingga Azmin terpengaruh serta bermurah hati untuk menghadiahkan tiga buah projek bernilai puluhan juta ringgit dan projek itu hanya sekadar ‘memperindahkan’ masjid?

Apakah Azmin masih mahu menggunakan sentimen istana dan agama untuk menghalalkan cara beliau?

SPRM khususnya Datuk Bahri yang mempunyai seorang isteri merangkap ‘Tentera Siber’ SPRM tak bernafsu ke untuk menyiasat Azmin pula? SPRM Oh SPRM!

Cabaran Che’gu Bard terhadap Azmin Ali langsung tidak terkesan dan apa sebenarnya yang hendak mereka sembunyikan?

“Saya ulangi lagi, Saudara Azmin Ali selaku Ketua Kerajaan Selangor bersalah kepada perjuangan ini apabila kewujudan projek besar tanpa melalui proses tender terbuka contohnya balak yang pernah saya bangkitkan baru ini. Dan dia berbohong di hadapan media apabila menyebut projek balak itu adalah melalui tender terbuka.

Bukti saya :
1. Tiada iklan tender terbuka
2. Dokumen Kerajaan Selangor yang berlabel rahsia.

Untuk itu saya mencabar Saudara Azmin Ali untuk membawa saya ke mahkamah. Saya akan mendedahkan dokumen “rahsia” Kerajaan Selangor yang membuktikan tidak ada tender terbuka dilakukan. Dokumen membuktikan Azmin berbohong tersebut juga saya telah serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.” – Che’GuBard yang juga merupakan Ahli Seumur Hidup Parti Keadilan Rakyat.

Dalam hal ini amat menghairankan juga apabila pembangkang di Selangor khususnya UMNO Selangor berdiam diri dan langsung tidak peka bahkan mungkin tidak berani untuk menegur kerajaan negeri. Adakah kerana bilangan kerusi yang sedikit mereka mengambil sikap untuk berdiam diri? Atau mungkin mereka juga mempunyai ‘share’ tersembunyi dalam projek yang diluluskan Azmin ini?

Sedarlah bahawa sesiapa pun yang memerintah dan berkuasa tanggungjawab mensejahterakan rakyat itu lebih utama daripada melakukan sesuatu yang indah-indah tetapi hakikatnya rakyat Selangor semakin sengsara di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini bertukar menjadi Pakatan Harapan yang tinggal harapan!!..