Bicara 1 Suara Kepimpinan

Pengiraan Hibah Tabung Haji Tidak Berubah

Oleh Ketua Pengarang / dalam Fokus, Isu Terkini / pada Saturday, 10 Feb 2018 09:55 AM / 0 Komen / 55 sudah membaca

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memaklumkan pengiraan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2017 adalah berdasarkan kepada baki purata minima bulanan iaitu sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Tabung Haji, hibah untuk tahun lalu itu merangkumi pengiraan baki purata minima bulanan iaitu jumlah deposit purata terkumpul bermula Januari hingga Disember 2017 dan didarabkan dengan hibah tahunan Tabung Haji sebanyak 4.5 peratus.

“Bagi pendeposit yang belum menunaikan haji pula, Tabung Haji memperuntukkan hibah tambahan sebanyak 1.75 peratus yang didarabkan dengan baki purata minima bulanan.

“Pengiraan hibah haji berkenaan adalah tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM9,980,” jelas Tabung Haji dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Leave a Reply