Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan perhimpunan ‘Sayang Malaysia, hapuskan kleptokrasi’ yang dirancang diadakan Sabtu ini di Padang Timur, Petaling Jaya selepas mengambil kira faktor keselamatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata selain itu PDRM juga telah menerima empat laporan daripada penduduk setempat yang membantah perhimpunan berkenaan di kawasan itu.

PDRM juga tidak akan memperakukan permohonan atas alasan:

“Pertama isu kesesakan yang menyukarkan masyarakat (kawasan itu).

“Kedua saya dimaklumkan sekitar 20,000 orang akan hadir dan kapasiti tempat itu (Padang Timur) hanya boleh menampung tidak lebih 10,000 orang.”

Bayangkanlah tempat yang sempit itu akan dilimpahi orang ramai dan menyebabkan kesesakan lalu ilntas yang teruk kerana berdekatan dengan lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar sempena ‘Breakfast Talk Integrity’ di Pusat Latihan Polis, di sini.

Mohamad Fuzi mencadangkan supaya lokasi perhimpunan itu ditukar ke Stadium Kelana Jaya, terletak 10km dari lokasi asal kerana kawasan itu lebih tersusun dan memudahkan PDRM membuat kawalan.