Tiada ribut tiada taupan tetiba timbul isu dakwaan oleh Rafizi bahawa terdapat individu yang rapat dengan parti PAS menerima dana yang bersumberkan 1MDB.

Tetapi seperti biasa perkara ini hanya bising di media sosial sahaja tiada pun lapuran dakwaan berkenaan sama ada di pejabat SPRM atau pun polis, jadi ia nya hanyalah salah satu bahan gurauan dari Rafizi yang terkenal dengan banyak bahan gurauannya.

Yang hairannya mengapa pula ada yang terkujat dengan lawak jenaka Rafizi?.

Seperti penafian dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menafikan sekerasnya dakwaan Rafizi tersebut, sepatutnya tidak perlulah nafikan ambil sahaja tindakan laporan SPRM atau dakwa di mahmakamh kerana menfitnah.

Jika benar tiada mana-mana anggota dari parti PAS yang menerima dana tersebut maka Takiyuddin seharusnya memanjangkan perkara ini kepada pihak polis untuk dibawa ke mahkamah dawaan Rafizi tersebut bukan sekadar menafikan didalam portal atas talian sahaja.

Oleh kerana kurangnya mereka yang mengambil tindakkan saman terhadap Rafizi maka semakin menjadi-jadi lah YB Pandan yang juga Naib Presiden PKR ini membuat ‘jolokkan’ kerana beliau pasti gembira bilamana jolokkannya akan mendapat sambutan dari pihak ‘lawan’ dan ada yang melatah.

Atau mungkin juga kebangkitan isu penerimaan dana 1MDB ini adalah permainan Rafizi untuk mengalihkan pandangan umum terhadap kerektor pemimpin pembangkang yang beria-ia di dalam cubaan untuk melengahkan pembentangan RUU 355, dalam masa yang sama wakil rakyat dari PKR dilihat seperti membatu didalam dewan ketika Lim Kit Siang dan beberapa orang rakannya dalam pakatan cuba melengahkan masa.

Mungkin ciptaan ‘spinning’ ini mampu untuk mengalihkan perhatian dan tumpuan rakyat serta pemerhati politik dari membicarakan tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang membuat huru-hara semasa sidang mahu membenarkan YB Maran, Datuk Seri Hadi Awang membentangkan usul pindaan RUU 355.

Diharapkan Datuk Takiyuddin Hassan dapat berbuat sesuatu untuk meyakinkan pengundi dan rakyat bahawa parti PAS adalah bersih sebersihnya dari rasuah dan gejala tidak sihat ini, dan tindakkan yang terbaik pada ketika ini ialah mendesak Rafizi membuktikan dakwaannya atau berdepan dengan tindakann mahkamah.