Bicara 1 Suara Kepimpinan

Pas tak akan dapat rampas semula Terengganu

Oleh editor / dalam Isu Terkini / pada Friday, 12 Jan 2018 08:34 PM / 0 Komen / 37 sudah membaca

Pas tak akan dapat rampas semula Terengganu

Ahmad Razif

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama rakyat selepas merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Cina Terengganu dengan kerjasama Kelab Lions Kuala Terengganu di Paya Bunga (PB) Square.

 

 

KUALA TERENGGANU 12 Jan. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak gentar dengan ramalan serta keyakinan Pas untuk kembali memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman seterusnya menyifatkan jangkaan itu sebagai lumrah yang ditaburkan oleh mana-mana parti politik setiap kali menjelang pilihan raya sedangkan realitinya tidak berlaku sebagaimana diimpikan.

Malah, jelas beliau, rakyat Terengganu berpuas hati dengan usaha serta komitmen kerajaan sedia ada dalam melaksanakan pembangunan untuk dikecapi rakyat negeri ini.

“Hari ini kalau kita tanya Pas, mereka juga akan kata begitu (ramalan menang dalam pilhan raya), begitu juga parti lain seperti PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Tok Mun (calon bebas), mereka pun akan kata macam itu.

“Itu lumrah dan kita tidak ambil kisah. Namun saya nak nyatakan di sini bahawa rakyat Terengganu hari ini dengan jelas kata Terengganu molek doh dan kalau Terengganu molek doh, tiada sebab kita nak tukar lagi (tukar kerajaan sedia ada),” katanya.

Ahmad Razif menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Cina Terengganu dengan kerjasama Kelab Lions Kuala Terengganu di Paya Bunga (PB) Square di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ramalan Pas Pusat bahawa Terengganu akan kembali kepada parti itu pada PRU-14 nanti berdasarkan kepada tiga faktor iaitu kekuatan jentera Pas, kebangkitan anak muda parti itu dalam Himpunan Fastaqim 2.0 serta kepatuhan ahli kepada jemaah.

Ahmad Razif seterusnya yakin rakyat Terengganu tidak mudah untuk menolak kerajaan BN sedia ada yang kini berada di landasan betul dalam usaha menyediakan pelbagai kemudahan dan pembangunan untuk rakyat.

Ditanya mengenai strategi parti PAN meletakkan calon di tiga kawasan parlimen di Terengganu termasuk parlimen Kuala Nerus pada PRU akan datang, beliau menjelaskan, ia tidak menjejaskan kekuatan BN.

“Biarlah, terpulanglah kepada dia dan itu hak dia (PAN). Kita tak ada masalah dan kita tak kisah. Insya Allah kita sudah siap sedia pada bila-bila masa untuk hadapi PRU nanti,” ujarnya.-

Tag sebagai:

Leave a Reply