Terbaru, janji yang ditaburkan oleh Mukhriz Mahathir dapat dilihat sebagai satu tindakan yang beremosi dan terdesak semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan sedia ada.

Jika sebelum ini Tony Phua, DAP pernah mencadangkan untuk mengurangkan penjawat awam. Tetapi berbeza pula dengan Mukhriz Mahathir yang menginginkan penjawat awam ‘bercuti panjang’ atau dengan kata lain memecat penjawat awam.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan semasa Dialog ‘Tak Ado Apo Nak Sorok’ pada 18 Mac 2018 iaitu “Kalau kami berjaya menubuhkan kerajaan dengan mandat yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan, saya boleh masukkan dalam janji 30 hari, yang pertama kami akan buat, kami akan pecat semua pegawai-pegawai tinggi kerajaan”.

Tidakkan ini secara tidak langsung memberi gambaran yang jelas bahawa Mukhriz Mahathir boleh dianggap seperti musuh dalam selimut dalam Pakatan Harapan.

Hal ini kerana berkemungkinan besar Pakatan Harapan akan kehilangan ramai pengundi disebabkan kenyataan yang dikeluarkannya tempoh hari. Secara tidak langsung turut mengugat parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.

Hanya semata-mata kerana rasa marah dan benci Mukhriz Mahathir terhadap Kerajaan sedia ada, Mukhriz Mahathir sanggup ingin memecat penjawat awam atas alasan mereka memihak kepada kerajaan.

Persoalannya, apa hak Mukhriz Mahathir untuk menilai sama ada seseorang penjawat Awam tersebut berpihak kepada kerajaan mahupun tidak?

Itu adalah hak masing-masing yang tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Namun sudah menjadi matlamat sistem perkhidmatan awam untuk berbakti kepada rakyat dan menjunjung kedaulatan negara.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana nasib yang bakal menimpa penjawat awam sekiranya rakyat benar-benar memberi mandat kepada Pakatan Harapan. Keadaan ini terang-terangan boleh mengancam semua penjawat awam jika Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Akhirnya, jika rakyat dapat berfikir dengan bijak dan waras mereka dapat membuat keputusan yang baik dan betul.

Oleh – Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor