Suatu ketika dahulu Almarhum Ustaz Fadhil Noor ada menyatakan bahawa beliau berdoa agar Tun Mahathir Mohamad dipanjangkan usianya agar Mahathir dapat melihat akan kemusnahan yang dia cipta sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato’ Presiden PAS itu dimakbulkan.

Pada usia sudah mencecah 90an, tentu ada sesuatu yang Allah hendak berikan kepada mahlukNya tersendiri, sama ada akan berakhir dengan kebaikkan atau disebaliknya, melalui jalan ‘nar’ atau ‘nur’, dan kesemua ini adalah tertakluk kepada apa yang telah dilakukan oleh mahluk berkenaan dan ini adalah karmanya.

Ada dua kemungkinan, pertamanya Allah mahukan hamba terpilihNya duduk beramal soleh dan memperbaiki apa yang kurang dan tertinggal semasa muda dan dewasa, dan seterusnya mungkin Allah mahu memperlihatkan apa-apa kesilapan yang telah hambaNya itu lakukan, mungkin kini Allah sedang memperlihatkan siapa Mahathir yang suatu kita pernah dijulang sahingga kelangit.

Mengapa Allah Lanjutkan Usia Mahathir

Atas nama mahu selamatkan Malaysia maka Mahathir ketepikan penghinaan dan cercaan yang pernah dia terima dari puak pembangkang, diatas tuntutan nafsunya maka dia rela dipergunakan oleh kumpulan yang sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan negara ini dengan apa cara sekalipun dan Mahathir membantu mereka dengan menghalalkan cara asal tercapai matlamatnya.

Mungkin doa Almarhum Ustaz Fadhil Noor termakbul hari ini, apabila Mahathir telah duduk semeja dengan kumpulan yang terang-terang telah melafaskan akan menjahanamkan pemimpin kerajaan hari ini UMNO / Barisan Nasional, kerajaan sama yang pernah dipimpin oleh Mahathir selama lebih 23 tahun.

Pada Mahathir ini adalah jalan untuk menyelamatkan Malaysia dan bagi mereka yang mempertahankan UMNO / Barisan Nasional serta kepimpinan negara akan dicemuh sebagai cetek ilmu politik, sempit pemikiran dan tidak faham antara agenda nasional dengan agenda politik kepartian, ada yang berkata bahawa mereka yang mempertikaikan perkara ini adalah lapok dan jumud.

Kita tidak tahu mereka mahu selamatkan Malaysia dari musibah apa, tetapi yang nyata kita perlu selamatkan Malaysia dari puak-puak munafik ini dari terus mengambil tanah bumi permata ini, ambillah contoh negara jiran kita, memang benar “Politik is only about party and the party is UMNO” kerana yang terlibat kesemuanya adalah mereka yang berparti.

Jika mereka itu penarik beca, pemandu teksi, nelayan atau pekebun sudah pasti mereka bukan mewakili parti politik, tetapi jika kehadiran mereka itu berlatar belakangkan parti politik tidakkah ini boleh dikaitkan dengan politik kepartian dan oleh kerana mereka mahu selamatkan Malaysia daripada kepimpinan UMNO maka suka atau tidak ia pasti akan berkait dengan politik kepartian tidak kiralah jika disebut sebagai agenda nasional sekalipun tetapi ianya pasti politik kepartian.

Adakah dengan menyatakan ‘bersekongkol dengan pembangkang’, dikatakan sebagai cetek ilmu politik dan tidak boleh melihat agenda nasional, bagaimana jika seorang anggota polis dilihat duduk bersama sekumpulan perompak,penyamun atau kumpulan gangstar adakah intergriti anggota polis berkenaan boleh dipercayai.

Jadi jika Mahathir, Mukhriz, Muhyidin dan beberapa bekas pemimpin UMNO dilihat duduk semeja bersama pemimpin parti pembangkang yang mana pernah mempunyai niat untuk mengambil alih kerajaan dengan apa cara sekali pun, ianya dikira sebagai agenda diluar politik dan kepartian, siapa Mahathir, Mukhriz, Muhyidin itu adakah mereka nelayan, pekebun sayur atau pesawah padi?.

Mereka itu pernah ada kepentingan dan pernah menduduki kerusi tertinggi kerajaan dan sudah pasti mereka memiliki pengetahuan berhubung dengan soal urus tadbir kerajaan, adakah mereka tidak akan bercakap setitik noktah pun berhubung pentadbiran kerajaan termasuk rahsia yang mereka ketahui.

Bukankah dengan bekerja-sama dengan mereka dari parti pembangkang akan menguntungkan pembangkang terutama DAP, ingat mereka ini tidak pernah memadam catatan didalam diary mereka untuk menawan Malaysia, Kita sepatutnya selamatkan Malaysia dari ditawan oleh DAP dan bukannya dari Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ini lah doa Ustaz Fadhil Noor bahawa Mahathir akan melihat kehancuran yang dia sendiri buat, apa sahaja kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir suatu ketika dahulu ditunjukkan sekarang sebagai bukti kepada pengikut Tun Mahathir semasa berkuasa dahulu, inilah yang Mahathir lakukan diatas kuasa yang pernah beliau sandang dahulu.

Menzalimi mereka yang tidak sehaluan dengan kehendaknya, Allah hilangkan ingatan dan membuka hijab yang menutup kezaliman Mahathir sahingga tanpa disedari telah mengulangi apa yang dilakukannya dahulu dan diulangnya hari ini, itulah yang telah dilakukan terhadap mereka-mereka yang menentang kemahuannya, mungkin suatu hari nanti Mahathir akan berkata “dengan saitan juga dia akan bekerjasama jika itu boleh menjatuhkan Najib”.

Kini giliran Dato Seri Najib yang terpaksa berhadapan dengan kezaliman Mahathir kerana tidak mahu tunduk dengan kehendak Mahathir, oleh kerana dahulu Mahathir adalah Ulil Amri yang dipilih, Allah memelihara aibnya pada ketika itu, kini Dato’ Seri Najib pula dipilih juga di atas kehendakNya, InsyaAllah Najib akan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Mungkin kerana itu Allah melanjutkan usia Mahathir agar rakyat dapat melihat wajah seorang yang pernah menzalimi mereka-mereka yang tidak mahu tunduk mengikut kemahuannya, jika aruah Tun Gaffar Baba hidup kembali sudah pasti beliau akan mengucapkan ‘Astafirullah al azimm’ serta berlari kembali semula ke kuburnya kerana terlalu malu dan Almarhum Ustaz Fadhil akan tersenyum.