Setelah membaca komen sahabat di media sosial berhubung dengan cadangan logo yang akan diguna pakai oleh pasukan pembangkang bagi pertemuan dengan kumpulan Barisan Nasional adakalanya mendatangkan rasa gembira dan riang ria tanpa ada rasa terkujat.

Pertamanya hanya sekadar perkataan HARAPAN sahaja yang menampakkan ianya adalah sebuah logo , apa pun biar la mereka yang menentukan logo mana yang harus mereka gunakan pada PRU ke 14 nanti, jangan ada pengundi yang terkeliru dengan iklan kacang cap tangan atau memang itu perancangan mereka untuk mengelirukan tidak lah kita ketahui mslihatnya.

Tetapi apa yang jelas didalam pemilihan logo untuk pasukan Harapan ini ialah menampakkan mereka merasa amat payah untuk memilih dan menentukan atau senang bicara ialah mendapat kata sepakat logo mana yang harus di guna pakai sahingga terpaksa melibatkan pemain di media sosial.

Mungkin kerana sebuah logo mereka bersekenta sesama mereka sahingga terpaka meminta bantuan pemain media sosial untuk menentukan logo mana yang boleh di terima pakai, nampak sangat mereka sukar membuat keputusan, ini lah yang dikatakan tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, nasib baik PAS telah tersedar dari mimpinya.

Jika tidak mungkin juga PAS akan beri cadangan logo yang tidak disenangi oleh DAP dan PKR.

Tidak mengapa, apa pun pada logo mereka biar lah, cuma yang hendak dipesankan kepada rakyat bahawa bagi memilih logo pasukan pun mereka kelang kabut dan berkelahi sesama sendiri, bagaimana agaknya untuk mereka memilih seorang Perdana Menteri.

Kerana di setiap dalam pasukan parti pembangkang terdapatnya seorang yang bercita-cita malah ada yang merasakan dirinya adalah selayak manusia untuk menguruskan negara Malaysia ini sebagai Perdana Menteri.

Malah ada diantara mereka telah pun menyimpan impian ini sejak berabad lamanya dan tidak kurang juga yang peluangnya telah ada tetapi oleh kerana bersikap gelojoh dan tidak bijak mengatur strategi, maka harapan dan impian hanya tinggal harapan sahaja kesudahannya.

Elok benarlah cadangan pasukan pembangkang menamakan pasukan mereka sebagai Pasukan Harapan kerana pasulan mereka juga di pimpin oleh mereka yang kebanyakkannya tiada harapan.

Memilih logo pasukan pun kelang kabut bagaimana agaknya untuk mereka memilih Perdana Menteri nanti.