Itulah hakikat yang harus diterima oleh puak pembangkang di negara ini dan kekal sebegitu selamanya, mereka tidakakan mampu menjadi pengurus dan pentadbir sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, ugama dan budaya.

Mereka tidak pernah bersepakat dalam membuat keputusan walaupun mereka sering memaklmkan bahawa setiap perkara mereka sering membawa ke meja perundingan, tetapi mereka tidak pernah mendapat kata putus dari perundingan tersebut.

Jika ada pun kenyataan yang dibuat kemudiannya hanyalah sekadar mahu menutup sementara hasil dari kegagalan perbincangan mereka, bila kembali ke parti masing-masing mereka akan membaling kerusi sesama mereka.

Apa yang lebih jelas ialah mereka mementingkan agenda dan kepentingan individu didalam kelompok mereka seperti memilih ketua pemimpin kelompok mereka, sudah pasti mereka menampakkan hanya calon dari parti mereka sahaja yang layak.

Benar seperti apa yang di suarakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO bahawa tidak mendahulukan kepentingan individu bagi meneruskan perjuangan dan memenangi hati rakyat berbanding pembangkang.

Walaupun Barisan Nasional dianggotai oleh banyak parti politik namun tidak pernah berlaku perebutan untuk melantik pemimpin parti komponan didalam Barisan Nasional untuk menjadi ketua, Pengerusi atau Perdana Menteri, dan ini ternyata berbeza dengan apa dapat kita lihat didalam kelompok pembangkang.

Mereka didalam pakatan pembangkang lebih mementingkan kepentingan individu untuk meraih kedudukan jawatan penting didalam parti mereka, sahinggakan orang yang dipenjarakan kerana kesalahan jenayah juga mahu diambil sebagai pemimpin dan diagung-agungkan.

Mereka melihat setiap pemimpin mereka yang bermasalah adalah sebenar pemimpin, yang melakukan kesalahan jenayah dan pegkhianat kepada negara juga dianggap sebagai ‘hero’, sesaorang yang didapati bersalah kerana membuat fitnah juga dianggap sebagai seorang yang hebat.

Sedang perkara sebegini tidak akan berlaku di dalam Barisan Nasional yang menjadi kerajaan hari ini, terutama parti UMNO yang menjadi tunjang kepada parti komponan Barisan Nasional yang jelas menolak pemimpin mereka yang bermasalah, jika tidak mahu menerima nasihat.

Sedangkan pembangkang sentiasa mempertahankan pemimpin mereka yang bermasalah walaupun telah disahkan oleh mahkamah, malah UMNO sentiasa mengingatkan setiap ahlinya agar mendahulukan kepentingan parti dan negara dari bersikap individualistik.

UMNO tidak mengamalkan sikap mengunakan rakan parti untuk kedepan, melaga-lagakan rakan separti seperti yang yang dilakukan oleh DAP terhadap bekas rakan separti mereka PAS, yang dahulunya bermati-matian menjayakan perancangan mereka mahu menawan Putrajaya, tetapi akhirnya dibuang seperti hampas yang sudah habis manisnya.

Walaupun kini pembangkang mendapat bantuan dari bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri, namun ianya belum lagi membolehkan mereka untuk mengambil alih kerajaan, kerana penyertaan bekas Presiden UMNO ini bermotif yang tidak baik dan akan memberi kesan buruk kepada negara, kerajaan dan sesiapa pun pemimpin yang dipilih nanti.

Maka keyakinan untuk memberi ruang kepada pembangkang bagi menguruskan negara belum lagi boleh dipertimbangkan, kerana untuk menguruskan hal-hal kecil juga mereka sering berbaling kerusi bagaimana jadinya nanti jika mereka mahu menguruskan hal-hal yang melibatkan percaturan global.

Contohnya untuk menamakan seorang yang bakal menduduki kerusi Perdana Menteri dikalangan mereka pun pelbagai pertelingkahan diantara mereka berlaku, bercakaran sahingga tiada kesudahan.

Mereka tidak akan mampu menandingi kecemerlangan kepimpinan dalam Barisan Nasional yang ketika ini telah diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah menyelesaikan banyak permasalah serantau termasuk permasalahan global.

Pemilihan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri diatas persetujuan kesemua pemimpin dan ahli parti komponan Barisan Nasional, mereka semua akur dengan ketetapan yang telah di maktupkan dalam perjanjian, bukan seperti pembangkang yang bercakap depan dan belakang sentiasa berubah nadanya mengikut parti.

Semoga Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO akan terus kekal sebagai kerajaan yang akan membawa Malaysia ke merju kejayaan.