Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2017 dengan tegas dan sinis menempelak bekas pemimpin negara.

Najib menyebut kembali pesanan yang pernah dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa bergelar Presiden UMNO selama 22 tahun bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’.

Tidak cukup dengan ucapannya di majlis-majlis besar parti serta negara, Mahathir sanggup mencipta sebuah sajak khusus untuk menerangkan maksudnya itu.

Bagaimanapun menurut Najib, sekarang ini pesanan ‘Melayu mudah lupa’ itu sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.

“Melayu mudah lupa itu merujuk kepada dirinya sendiri (Dr. Mahathir), kerana, orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, insyaallah tidak sesekali menjadi melayu yang mudah lupa seperti mereka!,” katanya.

Ini rentetan daripada tindakan Mahathir yang kini bersungguh-sungguh mahu melawan UMNO dengan menjadi ‘balaci DAP’ melalui parti yang ditubuhnya, PPBM.

Padahal Mahathir sendiri yang menghasut dan mendoktrin orang Melayu dan bukan Melayu di Malaysia selama 22 tahun bahawa DAP itu merupakan sebuah parti anti Islam dan anti Melayu.

Dengan semangat wala’ dan kesetiaan kepada perjuangan UMNO, Najib berjanji bahawa 3.64 juta ahli UMNO yang setia tidak akan menjadi ‘Melayu mudah lupa’ seperti Mahathir dan rakan-rakannya yang lain. –Tv14