Semakin hampir pilihan raya maka semakin banyak kita mendengar isu yang berulang yang dimainkan semula sekadar mahu menghangatkan suasana dan yang penting pemikiran rakyat harus dikelirukan, itu lah temanya dan itu juga ikral sesama mereka yang telah terdedah.

Bagi parti pembangkang DAP serangan mereka adalah tertumpu kepada UMNO dan MCA dengan tujuan untuk merosakkan keyakinan rakyat kepada kedua parti besar yang banyak berjasa kepada rakyat sejak dari belum merdeka lagi, yang mana kita tahu UMNO, MCA dan MIC yang telah berusaha untuk negara mencapai kemerdekaan.

Kini pihak pembangkang menghidupkan kembali isu resis dan menuduh rakan komponan Barisan Nasional adalah resis, UMNO dengan Melayunya dan MCA dikatakan mengabaikan nasib kaum Cinanya.

Pernah suatu ketika dahulu pihak pembangkang terutamanya DAP memainkan isu kononnya mengundi MCA adalah sama seperti mengundi orang Melayu, perkara ini seperti menghidupkan kebencian orang Cina kepada orang Melayu yang di tunjangi oleh UMNO.

Jika dilihat kepada suasana hari ini dan selama MCA bersama didalam Barisan Nasional belum pernah pun ada pemimpin MCA mendesak kerajaan Barisan Nasional atau UMNO untuk tidak menyiarkan Azan, memperlahankan bacaan ayat suci Al Quran dimasjid, atau pun menukar nama jalan yang mengunakan huruf jawi.

Tetapi sebaik sahaja DAP dapat menambah bilangan ahli didalam parlimen dan dapat memerintah dibeberapa negeri mereka telah membuat dan menyakitkan hati orang Melayu dan Islam terutama didalam siaran Azan dan bacaan Al Quran, jadi disini jelaslah bahawa DAP sebenarnya terlalu resis, jika tidak Tun Mahathir tidak akan bertalu-talu menyebut bahawa DAP adalah parti resis didalam setiap ceramah beliau ketika masih didalam UMNO dahulu.

Mana-mana pemimpin MCA tidak pernah membawa petisyen seperti mana yang dibuat oleh pemimpin pembangkang DAP terutama didalam isu azan, MCA lebih bertindak bijak didalam menjaga keharmonian kaum dinegara ini berbeza dengan parti DAP.

Apa yang nyata ialah DAP tidak pernah memikirkan soal kehidupan berbilang kaum di negara ini, malah mereka sering mempertikaikan soal raja-raja Melayu yang tidak pernah disentuh oleh MCA yang menerima hakikat bahawa negara Malaysia ini adalah diuruskan dibawah sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen.

Jika dibuat perbandingan MCA dan DAP, ternyata MCA lebih kehadapan didalam memajukan masyarakat Cina di negara ini, walaupun mereka (MCA) pernah tertewas didalam pilihan raya umum ke 13 lalu, tetapi mereka tetap meneruskan amalan membantu kaum Cina dalam pelbagai aspek pembangunan, kehidupan, ekonomi dan kebudayaan.

MCA tetap tidak duduk diam walaupun kebanyakkan dari pengundi kaum Cina telah termakan dengan hasutan pembangkang yang bijak menabur janji palsu, lihat sahaja di Dewan Undangan Negeri yang dimenagi oleh DAP, kebanyakkan pengundi mereka terabai malahan kebanyakkan masalah mereka diselesaikan oleh pemimpin MCA setempat.

Oleh itu kerja keras parti MCA untuk merebut kembali keyakinan rakyat terhadap kesunguhan parti MCA perlulah diberi perhatian oleh pengundi yang bakal mengundi pada pilihan raya ke 14 nanti, rakyat seharusnya sudah dapat membezakan diantara kepimpinan DAP dan MCA pemimpin mana yang banyak membantu mereka disaat mereka menghadapi kesulitan.

MCA dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong yang sanggup menolak politik kepartian demi memastikan setiap dari kaum Cina mendapat bantuan yang sewajarnya sama ada dari kerajaan mahu pun swasta.

Semoga usaha dan kerja keras yang berterusan dari pemimpin MCA didalam membantu rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan fahaman politik mereka, akan membuahkan hasil pada pilihan raya umum ke 14 nanti.