Bersungguh nampaknya gulungan muda didalam PAS mahu perhubungan mereka dengan parti DAP dimuktamatkan, tetapi tidak pula gulungan ‘tua’ atau orang lama dalam kepimpinan parti PAS bersuara sedemikian rupa.

Mungkin gulungan ‘tua’ ini lebih mendalami permainan politik dari orang muda yang berasaskan nafsu amarah mereka dan mengikut tanpa mengunakan pemikiran matang dalam berpolitik.

Kecuali gulungan muda yang sudah mencapai tahap kepimpinan tertinggi atau sudah pun bertaraf wakil kepada rakyat di parlimen mahupun di ADUN kesemua mereka bermain selamat agar segala kesedapan menjadi pemimpin dan wakil kepada rakyat tidak hilang begitu sahaja.

Sebaik sahaja Presiden PAS Hadi Awang melafaskan cerai atau berpisah dengan pakatan rakyat (Pakatan Harapan) dan memutuskan hubungan tahaluf siyasi, tiada sambutan dari pihak pemimpin ‘tua’ dan pemimpin mudanya hanya berteriak sebaik pembentangan RUU 355 di bacakan sahaja.

Mungkin lambat terkesan bagi mereka atau masih terkejut dengan keputusan presiden mereka yang memutuskan hubungan dengan parti paling dominan dalam pakatan pembangkang DAP, yang rata-rata dari mereka masih terhutang budi dengan DAP yang memberi ‘peranan’ didalam pentadbiran negeri.

Terkemudian dari itu maka hari-hari kita dapat membaca luahan hati pemimpin muda mereka meminta dan mendesak agar parti mereka (PAS) keluar dari gabunagn parti pembangkang’ kerana mereka tidak mahulagi bertuankan pemimpin DAP yang dahulunya dipeluk sakan oleh presiden mereka dan menghalalkan apa saya yang mereka (DAP) lakukan.

Persoalannya kini sudah bersediakah PAS untuk bergerak bersendirian? jika dahulu mereka sering berjalan dan bergerak dengan gandingan parti yang masing-masing cuba menumpang pada parti gabungan, seperti mana dalam Pakatan Ummah, Barisan Altenatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan macam macam pakatan lagi.

Mungkin PAS kini lebih yakin dengan bergerak sendirian setelah sebahagian dari bekas kepimpinan mereka telah keluar dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) atau PAN, atau mungkin kini lebih selesa bergerak bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang kini telah menjalinkan hubungan rapat untuk pilihan raya ke 14 nanti.

PAS kini lebih yakin dengan sokongan rakyat kerana masih lagi bergantung kepada isu RUU 355 yang mendapat tentangan dari parti DAP dan PAN, kerana mereka yakin bahawa rakyat akan memberikan undi simpati kepada PAS.

Malahan sokongan dari kelab bukan Melayu yang ditubuhkan oleh PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dilihat telah memberi semangat kepada pemimpin PAS untuk berani menyatakan untuk tidak lagi mahu bersama didalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP yang mana turut di sertai oleh parti Tun Mahathir (PPBM) yang cukup di benci oleh PAS suatu ketika dahulu.

Oleh kerana sokongan dari DHPP menjadikan PAS begitu yakin untuk bergerak secara bersendirian dan kelihatan hari ini begitu berani untuk duduk dan berjalan didalam gelap tanpa peneman lampu pelita.

Semoga semangat PAS untuk bergerak sendiri mencapai kejayaan didalam pilihan raya ke 14 nanti dan kita akan dapat melihat bagaimana PAS berhadapan dengan bekas rakan tahaluf siyasi mereka yang mereka agungkan dahulu.

Adakah mereka mampu berhadapan dengan DAP dan pakatannya dalam PRU ke 14 nanti sama sama kita tunggukan harinya, jangan terkejut jika PAS menjadi klok-klek di hujung siaran kerana PAS sudah biasa begitu.

Mereka akan lakukan apa sahaja asal kejayaan menjadi milik mereka, soal agama ini hanya hiasan parti sahaja, jadi kita lihatkan sahaja kerana seni politik PAS ini pelbagai rupanya.