Pakatan pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang telah berjaya mengunakan Mahathir untuk mensabotaj kepentingan rakyat dan negara, gara-gara keceluparan Mahathir rakyat kini menerima kecaman dari rakan negara jiran yang sebangsa.

Benar seperti dikatkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia bahawa sehandal-handal dan sehebat manusia bernama Mahathir tetapi akhirnya tewas juga beliau di tangan pemimpin ditaktor Lim Kit Siang.

Mahathir tunduk terjelepok di kaki Lim Kit Siang yang dahulunya adalah musuh utama dalam politik, ternyata kehebatan Mahathir hanya berkisar ketika berada didalam sokongan ahli UMNO sahaja, terpisah dengan UMNO Mahathir seperti ‘melukut di tepi gantang’ kelakunya.

Hebat Lim Kit Siang yang berjaya memperkudakan Mahathir dari musuh politik kini telah menjadi kuda tunggangan Lim Kit Siang didalam memancu arah memporak perandakan hubungan sesama rakyat dan bangsa, mengunakan Mahathir untuk merosakkan hubungan sesama bangsa sesama agama.

Selanjutnya baca disini ..