Mulai suku ketiga 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan memperkenalkan perlaksanaan XBRL. XBRL adalah singkatan bagi ‘eXtensible Business Reporting Language‘ yang merupakan standard antarabangsa untuk laporan perniagaan digital bagi menggantikan laporan berasaskan kertas.

XBLR ini akan berformat XML untuk menyusun atur maklumat perniagaan secara elektronik. Manakala sistem ‘tagging’ yang digunakan untuk menterjemahkan maklumat kewangan dalam bentuk atau bahasa yang boleh diproses oleh sistem supaya data tersebut boleh dibaca secara automatik oleh mana-mana perisian XBRL.

Penggunaan XBRL oleh LHDNM nanti membolehkan agensi percukaian ini menerima penyata kewangan dari pembayar cukai dan agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain agensi kerajaan.

Di mana objektif XBLR oleh LHDNM ini akan mempermudahkan lagi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Tambahan lagi, penggunaan ini akan memperluaskan penghantaran secara digital maklumat berkaitan kewangan dan maklumat lain seperti pengiraan cukai, jadual elaun modal, tuntutan insentif dan lain-lain mengikut format standard yang ditetapkan oleh XBRL International.

Selaras dengan penggunaan platform XBRL yang standard bagi penyata kewangan yang dikemukakan kepada satu agensi kerajaan dan membolehkan LHDNM menerima penyata kewangan daripada pembayar cukai lain termasuk syarikat asing.

Kesimpulannya XBRL ini memberikan sokongan secara elektronik dalam mengemukakan penyata kewangan dan pengiraan cukai seiring dengan agensi percukaian negara lain.

Ini memberikan lebih ruang kepada LHDNM menjalankan pentadbiran cukai yang lebih berkesan.