Langkah Mahathir dan parti bunga pimpinan Muhyiddin untuk turut serta bersama team pembangkang yang diketuai oleh DAP dalam kempen membebaskan Anwar berkemungkinan adalah satu langkah yang silap tidak seperti mana langkahnya memecat Anwar dahulu.

Kerana kini team pembangkang DAP sudah mula menyalahkan Anwar gara-gara apa yang sedang menimpa team pembangkang waktu kini, yang bercelaru dan berantakkan malah Lim Guan Eng pernah mengkritik Anwar di dalam satu dialog tertutup di Lecture Theatre, Nanyang Technological University, Singapura.

Krisis bersama kepimpinan PAS juga mereka katakan berpunca dari Anwar yang banyak bertindak tanpa berunding dengan mereka (DAP) yang menjadikan pemimpin PAS berkecil hati dengan tindak-tanduk dan keputusan yang tidak dibawa berbincang di meja pemimpin pakatan.

Perkara tindakan bersendirian Anwar didalam membuat keputusan bukan berlaku sekali dua tetapi kekerapannya telah membuatkan parti DAP merasakan meeak seperti di permainkan oleh Anwar, malah mereka mendakwa bahawa pemimpin PKR itu pernah bertindak tanpa mendapat persetujuan dari rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Dengan tindakkan pemimpin DAP menyalahkan Anwar dalam banyak hal maka kempen membebaskan Anwar nampaknya seperti tidak bermaya dan bersungguh, kemasukkan parti Mahathir kedalam kempen tersebut tidak memberikan sebarang kesan atau ‘impact’.

Tapi yang nyata team Mahathir yang telah beralih arah menyokong Anwar hanya menerima senyuman sumbing sahaja kerana team DAP kini dalam proses mahu mengenepikan Anwar dalam tampok pemerintahan pembangkang negara, Anwar kini dalam proses dinyah aktifkan atau ‘shut down’.

Mereka menyatakan mula mengesan kesilapan team PKR bermula dari perancangan yang tidak teratur semasa proses mahu mengulingkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pemulaan ‘Langkah Kajang’ yang mahu menempatkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, yang berakhir dengan kecelaruan bila Anwar di dapati bersalah dengan kes liwat dan di penjara 5 tahun.

Walaupun mereka pernah cuba mendapatkan bantuan dari beberapa kedutaan di negara ini tetapi kepimpinan pembangkang DAP tidak mahu meneruskan hasrat kempen membebaskan Anwar dan menyifatkan Anwar sebagai bebanan kepada parti pembangkang.

Persoalannya, bagaimanakah Mahathir sanggup melakukan sesuatu perkara yang beliau sendiri tahu bahawa itu adalah terkeluar dari prinsip kehidupan yang mana pada suatu masa kita mengheret orang ini sahingga terjelepok kejalanan kemudiannya kita pula turut sama terjelepok di jalanan untuk menyelamatkan orang yang kita henyak satu ketika dahulu.

Tidak kekal berpendirian rupanya Mahathir ini semata-mata kerana tidak terkawal nafsu peribadinya sahingga sanggup bergandingan dengan manusia yang pernah dikecamnya dahulu Lim Kit Siang demi memenuhi dendam dan nafsu.