LONDON: Peniaga senjata Arab Saudi Adnan Khashoggi, jutawan yang terkenal dengan gaya hidup mewah, meninggal dunia di London pada usia 82 tahun, kata ahli keluarganya, hari ini.

“Dengan rasa sedih, keluarga Khashoggi mengumumkan bahawa bapa kesayangan kami Adnan Khashoggi, 82 tahun, meninggal dunia dalam keadaan tenang di London hari ini ketika menerima rawatan atas penyakit Parkinson,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan. – AFP