CYMERA_20160128_093456

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak mengikut kuasa yang diberikan. Masyarakat secara umumnya menyanjung integriti yang dimiliki oleh SPRM terutama ketika menjalankan siasatan berkaitan rasuah dalam semua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Ketelusan mereka biasanya tidak akan dipertikai lebih-lebih lagi kalau siasatan mereka melibatkan kepentingan kerajaan.

Baca: Dana Politik RM2.6B: Istana Arab Sahkan Derma Untuk PM Najib

Namun, kebelakangan ini SPRM dilihat sebagai sebuah entiti yang lebih banyak menyerang kerajaan dan melindungi kepentingan pembangkang dalam setiap kenyataan mahu pun tindakan.

Bahkan pada satu ketika, pernah diadakan majlis sambutan besar-besaran kepada gerombolan ahli politik pakatan haram pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan membuat kenyataan media secara bersama.

Menurut sumber, keadaan itu berlaku kerana permainan Pegawai Perhubungan SPRM sendiri yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pembangkang kerana sebelum ini beliau difahamkan pernah bertugas di sebuah portal pro pembangkang. Maka tidak hairanlah kalau banyak rahsia tercicir dan terbocor kepada umum walaupun statusnya belum sahih dan apa yang terbocor hanya maklumat di peringkat ‘raw’ dan bukannya selepas dilengkapkan sesuatu siasatan. Apakah benar dakwaan sumber tersebut?

Isu 1MDB dan Derma Keluarga DiRaja Arab Saudi menjadi penanda aras kepada integriti SPRM sejak ia mula menjadi panas. Dalam kalangan pegawai tertinggi SPRM dilihat cuba ‘tutup mulut’ dan mengelak untuk mengulas tetapi pada masa yang sama seperti memberikan ‘ruang’ kepada ahli keluarga terdekat untuk mendapatkan maklumat selain menerangkan tentang apa yang sepatutnya menjadi rahsia kepada mereka.

Terkini, viral kenyataan di akaun peribadi seorang yang mengaku dirinya sebagai ‘datin’ yang juga merupakan isteri kedua kepada pegawai tertinggi SPRM.

Baca: Pengantin Kangkang 2.6 : Pengurus Besar BSN Perak Enggan Ambil Tindakan?

Dengan mengutip sumber dari link portal pro pakatan haram pembangkang dan mengulas dengan ayat sendiri untuk memberi maklum kepada umum bahawa beliau mengetahui segala ‘kebenaran’ dan 100% kebenaran itu nyata diperolehnya daripada suaminya yang juga merupakan pegawai tertinggi SPRM yang bergelar Datuk? Siapakah wanita ini?

Sejak bila isteri kedua layak menggunakan gelaran datin sedangkan isteri pertama atau madunya masih lagi hidup? Kemaruk ke?

Menurut sumber, menyatakan info yang amat mengejutkan mengenai wanita yang lantang bersuara membela suaminya yang penuh ‘integriti’ itu. Beliau sebelum ini merupakan CEO di sebuah kolej Islam di Kelantan yang dimiliki oleh arwah abang kandungnya sendiri.

CYMERA_20160128_092216

Kronologinya amat menarik apabila sumber mendedahkan wanita yang mengaku dirinya sebagai ‘datin’ selaku isteri kedua kepada pegawai SPRM bergelar Datuk pernah menggunakan ‘kabel’ suaminya untuk menghantar pegawai SPRM menyelongkar pejabat arwah abangnya sendiri dan merampas dokumen penting syarikat dan perbuatannya itu dibuat dengan tujuan untuk mengaut semua harta tinggalan arwah abangnya yang masih dipegang amanahnya oleh balu dan anak-anaknya yang kini berstatus yatim.

Baca: RM2.6b – Tiada kesalahan dilakukan PM

Tindakan menggunakan ‘kabel’ suami sendiri untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga sendiri sudah menunjukkan kepada umum wanita ini mempunyai niat tertentu apabila terlalu vokal menghentam kerajaan menggunakan akaun FB peribadinya. Jangan terkejut kalau semua hal dalam siasatan isu 1MDB dan Derma 2.6 billion akan diceritakan suaminya kepada wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘datin’ itu. Ia tentunya tidak mustahil berlaku kan?

Keghairahan suaminya yang juga pegawai kanan SPRM menceritakan tentang rahsia siasatan SPRM kepada isterinya mungkin dilakukan untuk menutup kisah skandal video seks yang dikatakan berlaku dalam premis pejabat SPRM sendiri seperti yang dinaikkan dalam satu portal sebelum ini?

Mungkinkah hal ini ‘jika benar’ seperti dakwaan sumber dilakukan untuk menutup malu kerana membiarkan premis kerajaan dijadikan sebagai ‘pusat pelacuran’ pegawai SPRM maka SPRM berterusan menjadi pusat atau kem untuk membunuh kredibiliti kerajaan di bawah pimpinan Najib Tun Razak dengan membocorkan maklumat yang termasuk dalam Akta Rahsia Rasmi dan berstatus sulit kepada orang terdekat termasuk isteri kedua dan sahabat handai?

Ia tidak mustahil untuk berlaku kerana SPRM seolah-olah kini sudah menjadi sebuah agensi pencegahan rasuah dalam sektor kerajaan semata-mata dan jika wujud isu rasuah dalam kalangan pembangkang maka hampir tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk menyiasat kes yang berkenaan.

Benarkah SPRM hanya mampu untuk menyiasat laporan yang bersangkut paut dengan ahli politik kerajaan semata-mata dan pada masa yang sama isu ‘Pintu Gerbang Azmin’ masih tiada permulaan dan tindakan pantas SPRM? Takut sangatkah mereka menyentuh batang tubuh politikus pakatan haram pembangkang?

Wanita yang mengaku sebagai ‘datin’ ini cuba berlagak hero membela suaminya yang kononnya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegawai SPRM yang penuh integriti dan terlupa beliau pernah menggunakan suaminya untuk menggempur pejabat syarikat milik abang kandungnya sendiri demi kepentingan mengaut keuntungan peribadi.

Mungkin itu yang dimaksudkan dengan integriti. Wanita ini pernah kalah dalam samannya terhadap sebuah syarikat telekomunikasi dan kemudiannya kalah apabila disaman kembali seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan sebelum ini.

Beliau secara sedar tahu tindakannya menghantar menggunakan kuasa suaminya untuk menggesa SPRM mengambil tindakan terhadap abang sendiri telah membawa kepada kematian abangnya tidak berapa lama selepas pejabat syarikat abangnya diserbu SPRM kerana dikatakan amat terkejut dengan tindakan adiknya itu. Hasilnya, wanita ini berjaya memiliki syarikat peninggalan arwah abang kandungnya sendiri selepas ‘merampas’ milikannya daripada pewarisnya iaitu balu dan anak-anak arwah abangnya yang kini yatim. Apakah benar apa yang diceritakan oleh sumber yang terdekat dengan keluarga arwah abang kandungnya ini?

IMG-20160127-WA0117

Apabila Peguam Negara mengumumkan bahawa tiada kes jenayah dalam siasatan SPRM terhadap Perdana Menteri berkaitan isu Derma 2.6 billion yang telah disahkan disumbangkan oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi semalam, SPRM dilihat seperti tidak berpuas hati dan mereka sengaja menimbulkan persepsi negatif terhadap kenyataan rasmi yang dibuat oleh Peguam Negara itu.

Dengan segera membuat kenyataan media akan merujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), hakikatnya SPRM telah berjaya membuatkan umum percaya ada sesuatu yang sengaja disembunyikan dan seorang pegawai kanan SPRM boleh membiarkan isteri keduanya mengambil alih tugas tidak rasminya untuk mengumumkan dengan cara sendiri kepada umum sebagai usaha menjejaskan kredibiliti Peguam Negara yang telah memutuskan siasatan untuk kes berkenaan ditutup iaitu melemparkan persepsi Peguam Negara telah diberikan ‘habuan mewah’.

Untuk pengetahuan, rujukan SPRM kepada PPO biasanya dibuat sebelum mana-mana kes ditutup dan bukannya selepas ia diumumkan ditutup. Ia jelas disebut oleh Dato’ Rohaizad Yaakob selaku Pengarah Komunikasi Strategik SPRM semalam. Peliknya, ia sengaja diumumkan dalam satu kenyataan media rasmi selepas pengumuman Peguam Negara. Ia adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menunjukkan seolah-olah Peguam Negara hendak menyembunyikan kesalahan jenayah yang wujud dalam siasatan SPRM sebelum ini.

Tinjauan kami mendapati akaun peribadi FB wanita ini telah ‘hilang’ dan menurut sumber yang rapat dengan wanita tersebut menyatakan akaunnya telah ‘digodam’. Ia sekadar alasan biasa melepaskan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

IMG-20160127-WA0135

Apakah status beliau selama berbulan-bulan juga hasil godaman pihak tidak bertanggungjawab? Jesteru, ‘datin’ berkenaan diminta tampil untuk membuktikan bahawa akaun FB telah digodam atau ia merupakan ‘fake account’ yang dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemar kredibiliti SPRM.

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Encik Zamli Abdullah yang telah meninggal dunia kerana dikatakan amat sedih dan terkejut dengan tindakan adik kandungnya yang sanggup menggunakan suaminya yang berpangkat tinggi di SPRM untuk menekan dan menyerbu syarikat milik arwah. Usahlah bila sesuatu membebani kita baru kita mahu menyatakan bahawa Allah bersama kita dan bila kita zalimi orang lain maka Allah enggan bersama mereka yang telah kita zalimi?