Bicara 1 Suara Kepimpinan

Hati-hati guna laluan Gua Musang-Lojing

Oleh editor / dalam Semasa / pada Saturday, 02 Dec 2017 10:49 PM / 0 Komen / 157 sudah membaca

GUA MUSANG 2 Dis. – Laluan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Kundur di sini terpaksa dibuka satu lorong berikutan kejadian rekahan jalan dan runtuhan cerun, hari ini.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan laluan itu.

Katanya, jalan FT185 itu merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak.

“Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati kerana hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan.

“Kita juga telah meletakkan papan tanda amaran dan pengguna jalan perlu mematuhinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply