Kerajaan Pulau PInang dibawah pengurusan parti pembangkang DAP yang sekali lagi telah mencadangkan agar menaikkan kadar surcaj penggunaan air domestik atas alasan pemuliharaan air adalah tidak wajar dan akan membebankan pengguna-pengguna yang terlibat.

Kenaikkan kadar surcaj bagi kali kedua ini sejak November 2010 dengan tujuan menjimatkan pengunaan air tidak pernah mencapai tahap yang dikehendaki.

Dengan alasan penggunaan air per kapita masih tinggi dan tidak menunjukkan penurunan, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang pada September 2013 telah menaikkan kadar surcaj sebanyak 100 peratus, dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan.

Kini dengan alasan yang sama kerajaan Pulau Pinang dibawah pengurusan DAP akan menaikkan sekali lagi surcaj pemuliharaan air yang mana kenaikkan pada kali ini melebihi 100% ia itu dari 48 sen kepada 100 sen bagi setiap 1000 liter bagi pengunaan 35,000 liter sebulan.

Inilah kebajikan yang telah ditunaikan oleh kerajaan pembangkang yang diketuai oleh DAP di dalam membantu rakyat yang dikatakan terhimpit oleh dasar kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Walaupun didalam menifesto pembangkang Pulau Pinang telah mereka nyatakan bahawa mereka tidak sesekali akan menaikkan tarif air jika mereka berjaya menjadi kerajaan di Pulau Pinang.

Tetapi sebaliknya setelah menjadi kerajaan apa yang mereka lakukan adalah banyak perkara yang menyusahkan dan membebankan rakyat Pualu Pinang, sedangkan apa yang mereka lakukan ini tidak pun mendatangkan hasil dari penjimatan dan penurunan penggunaan air.

Tetapi sebaliknya kerajaan negeri yang mengaut keuntungan dari beban yang di tanggungan oleh rakyat Pulau Pinang.

Rakyat Pulau PInang telah sedia maklum bahawa tarif air domestik bagi Negeri Pulau Pinang pernah dinaikkan sebanyak 16.7 % pada tahun 2015, yang mana mereka telah tertipu dengan janji manis pembangkang semasa pilihan raya bahawa tarif air di Pulau Pinang tidak akan dinaikkan.

Sedangkan ketika Pulau Pinang dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional tidak pernah pun menaikkan tarif air, malah tiada sebarang surcaj pernah dikenakan keatas penguna air di Pulau Pinang, namun kerajaan Barisan Nasional masih mampu untuk membekalkan air bersih yang berkualiti.

Apa yang nyata didalam cemuhan mereka terhadap kepimpinan Dato’ Sri Najib, kerajaan DAP di Pulau Pinang telah menaikkan surcaj yang telah menambah beban ke atas rakyat Pulau Pinang, seperti tiada perasaan timbang rasa terhadap rakyat.

Sekali lagi di ingatkan kepada rakyat khususnya di Pulau Pinang cukuplah sudah anda tertipu dengan pembohongan dan janji manis pembangkang dan tidaklah perlu lagi menunggu akan hadiah-hadiah misteri dari pembangkang.

Buatlah pemilihan bijak selepas ini dengan memilih Barisan Nasional, lupakan pengalaman pahit ini.