Perjalanan sebuah syarikat perniagaan yang lebih lancar sudah tentu memerlukan sokongan dan perkhidmatan atau kepakaran dari luar juga. Ini termasuk bantuan daripada pihak professional yang memberi khidmat kesetiausahaan dan pemfailan cukai pendapatan.

Oleh itu, sudah tentu perbelanjaan terhadap perkhidmatan ini perlu diperuntukkan seperti yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai. Perbelanjaan seperti ini yang perlu ditanggung oleh pembayar cukai bagi mematuhi keperluan perundangan dalam menjalankan perniagaan

Bersesuaian dalam membantu kelancaran pelaksanaan Global Service Tax (GST), meningkatkan pematuhan cukai dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan, pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dan bermastautin di Malaysia layak diberi potongan bagi Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai setiap tahun taksiran.

Perbelanjaan perniagaan yang dibenarkan ini diberikan sehingga RM5,000 bagi yuran kesetiausahaan manakala jumlah sehingga RM10,000 perbelanjaan dibenarkan untuk yuran pemfailan cukai.

Perbelanjaan yuran kesetiausahaan yang dibenarkan bagi memenuhi kehendak statutori di bawah Akta Syarikat 1965 yang layak diberikan potongan terdiri daripada perbelanjaan kesetiausahaan seperti khidmat nasihat berhubung mesyuarat syarikat, penyediaan resolusi pengarah, penerbitan saham, pengemukaan borang-borang yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan lain-lain berhubung hal-hal syarikat.

Manakala yuran kesetiausahaan tidak termasuk perbelanjaan sampingan seperti reimbursement/out of pocket expenses, telefon dan faks, percetakan, perbelanjaan alat tulis, pos, perjalanan, penginapandan perbelanjaan mesyuarat agong.

Oleh yang demikian, bagi memastikan perbelanjaan yuran kesetiausahaan ini dapat dituntut pada tahun taksiran yang sama, bayaran perlu dilakukan dalam tempoh tahun kalendar yang sama perbelanjaan itu dilakukan.

CC PRU14.TV