PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon perlu mengemukakan pernyataan pembelaan sebelum perbicaraan kes rasuah dihadapi mereka bermula.
Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 62 Akta SPRM yang menyatakan orang kena tuduh perlu mengemukakan pernyataan pembelaan sebelum bermulanya perbicaraan, adalah bercanggah dengan perlembagaan.

– BHOnline