1. Hari ini kebergantungan kepada dunia digital luar biasa sekali. Sebelum tidur kita melihat maklumat di layar maya dan selepas bangun tidur, kita juga terus melihat maklumat di layar maya.  Itulah kebergantungan kita kepada teknologi digital.

2. Jikalah generasi hari ini ditanya tentang jenama terulung, tentunya ramai yang akan menjawab Google atau Facebook atau Yahoo.  Ini kerana generasi hari ini adalah ‘digital natives’ yang sangat bergantung kepada penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

3. Hari ini, 50% daripada 7.5 bilion penduduk dunia mempunyai internet.  Daripada jumlah itu, 2.78 bilion (37%) adalah pengguna media sosial, 8.1 bilion bilion (108%) melanggan perkhidmatan mobil, dan 2.55 bilion (34%) adalah pengguna mobil sosial.  Ini membuktikan masyarakat dunia hari ini adalah masyarakat digital yang tidak dapat berenggang dengan internet atau smartphone.

4. Dunia digital ini mempunyai kebaikan yang banyak—membolehkan komunikasi dalam jarak yang jauh, meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia, memesan barangan, menghantar teks, dan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas.

5. Malangnya tidak semua negara mempunyai kemudahan ini.  Negara-negara di benua Afrika seperti Chad, Togo, Ivory Coast, Mali, Rwanda, dan Burundi misalnya masih lagi jauh ketinggalan dalam teknologi ini.  Ini mewujudkan jurang digital dan kekayaan antara negara menjadi semakin jauh dan luas.

6. Di Malaysia, jurang digital ini juga wujud, khususnya penembusan internet di kawasan bandar dan luar bandar.  Inilah aspek yang kita sedang tangani.

7. Walaupun kita masih mempunyai jurang digital, namun penggunaan WhatsApp di negara kita adalah tertinggi di dunia.  Kadar penembusan internet kita juga tinggi iaitu 70%, jauh lebih tinggi dari purata penembusan internet Asia yang hanya 38.5%

8. Jelasnya, dunia digital ini telah merasuk kehidupan seharian kita sehingga telah menjadi “our second life”.  Dalam menggunakannya, kita perlu mampu bersaing dan menjadi “smart digital creators” yang dapat menciptakan “online business activites” bagi menghasilkan faedah kewangan.  Untuk ke depan, dunia digital ini akan menentukan arah tuju peradaban dunia.