PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak malam ini meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 1,000 warga kementerian daripada pelbagai jabatan dan agensi pada majlis berbuka puasa dan perjumpaan Menteri Bersama Warga KKMM 2017 di sini. 

Beliau diiringi Timbalannya Datuk Jailani Johari, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan pegawai-pegawai kanan kementerian. Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh. 

Pada majlis itu, Salleh juga menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan Hari Raya daripada Kelab KKMM kepada setiap wakil dari empat skim perkhidmatan iaitu pembantu operasi, pemandu, pembantu awam dan pengawal keselamatan untuk disampaikan kepada 78 warga kementerian Gred 16 dan ke bawah. 

Seramai 15 orang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan anak orang kurang upaya turut menerima sumbangan wang tunai RM100 setiap seorang. 

— BERNAMA