Dr. Mahathir senjata DAP pecahkan Melayu

ANNUAR MUSA ditemubual oleh Marhaini Kamaruddin bersama pemudah cara Borhan Abu Samah dalam program Sembang Utusan Online di Jabatan Pengarang, Utusan Malaysia, Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 20 Mac – Meskipun Tun Dr. Mahathir Mohamad diangkat sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, namun hakikatnya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak lebih sekadar ‘alat’ untuk memecahkan undi orang Melayu.

Pandangan itu dilontarkan Ke­tua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang percaya DAP di bawah pengaruh Lim Kit Siang melihat elemen nostalgia Dr. Mahathir terhadap orang Melayu mampu menjadi senjata meme­cah-belahkan kaum majoriti itu.

“DAP tahu dalam percaturan po­litik negara, mereka kuat satukan kaum Cina dan mencari jalan untuk memecahkan orang Melayu.

“Jadi, DAP tolak Dr. Mahathir ke depan, pemimpin mereka se­perti Kit Siang pula guna elemen nostalgia Dr. Mahathir untuk pe­cahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Sembang Utusan Online di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Annuar ditemubual Pe­ngarang Media Baharu Utusan Ma­laysia, Marhaini Kamaruddin manakala Pengarang Berita Media Baharu Utusan Malaysia, Borhan Abu Samah sebagai pemudah cara.