Bicara 1 Suara Kepimpinan

Dialek Hulu Terengganu Dipengaruhi Kedatangan Islam?

Oleh Ketua Pengarang / dalam Fokus, Semasa / pada Saturday, 10 Feb 2018 09:47 AM / 0 Komen / 63 sudah membaca

Apakah yang mempengaruhi keunikan dialek Kuala Berang atau Hulu Terengganu yang menjadi pertuturan masyarakat di daerah itu?

Ia suatu yang sangat berbeza dengan loghat Terengganu yang kedengaran di daerah-daerah lain, yang lebih diketahui umum sebagai pengenalan identiti rakyat dan negeri ini.

Ada teori yang mengatakan ia dialek paling tua dan asli di Semenanjung tanpa sebarang unsur pinjaman dari mana-mana kawasan di dengan kedudukanya terpencil suatu ketika dulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut menyentuh soal dialek Kuala Berang ini di hadapan para ilmuan yang bersama dalam Majlis Profesor Negara ketika menutup program Profesor Bersama Masyarakat di sini hari ini.

Beliau meminta kalangan ahli bahasa dan juga sejarah untuk mengkaji kemungkinan dialek ini mempunyai unsur pengaruh kedatangan Islam di Semenanjung yang mula bertapak di Kuala Berang.

“Kuala Beranglah ditemukan Batu Bersurat (dengan catatan kedatangan Islam dan perundangan Islam),” ujarnya yang membayangkan kemungkinan mempunyai sejarah penting dalam perkembangan bahasa.

Beliau berkata, hipotesis itu tidak boleh diperkecilkan dengan mengaitkan dialek itu mempunyai kaitan dengan taranum dan qiraat iaitu seni dan disiplin alunan bacaan al-Quran.

Leave a Reply