anak zahid1“Siapa yang patut tunggu siapa dekat Mahsyar?” begitu soal balas Amran Fans terhadap anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Ini susulan kenyataan Nurulhidayah untuk menunggu pengkritik bapanya di padang mahsyar, selepas akaun Facebook parodi itu mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.

Dalam serangan berterusannya, Amran Fans cuba membangkitkan kemarahan warga facebook,

“Siapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana?

“Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau takat nak jumpa Amran seorang, di mamak saja sudahlah,” kata pengendali akaun parodi yang condong ke arah parti pembangkang.

Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang.

Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan ‘kerja 3D’ jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Baca: Pekerja Asing – Belia Kita Tidak Mampu Bersaing Di Dalam Sektor 3D

Baca: 1.5 Juta Pekerja Bangladesh, Di Mana Silapnya?

Selepas namanya dibangkitkan, Nurulhidayah kemudian membalas dengan sinis di Instagramnya dengan berkata beliau akan berkenalan “pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya dengan mereka di Padang Mahsyar – merujuk kepada

“Seronok baca komen-komen kau orang ini. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu,” sindir Nurulhidayah yang menggunakan akaun @deltanovzulu.

Netizen mula bercerita betapa malunya pengandali akaun ‘Amran Fan’ yang mempunyai ratusan ribu pengikut tidak memahami isu sebenar tentang ‘1.5 juta pekerja Bangladesh’. Pengendali page facebook tersebut terlalu emosi dan cuba mencari populariti dari isu yang cuba diputar belitkan oleh pihak pembangkang.

“Memalukan, page yang mempunyai ramai pengikut makin tidak cerdik dan masih menggunakan isu fitnah sebagai cara nak popular di laman internet” komen Herolnizam, pelayar tegar laman internet yang turut menyindir kumpulan Amran Fan.

Benarkah pengendali akaun ini sama dengan kumpulan yang mengendali akaun “Rashid”?

anak zahid