Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga awal malam ini di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi petang ini, cuaca sama juga dijangka melanda daerah Kerian,Larut, Matang & Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar,Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang di Perak serta daerah Cameron Highlands,Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Daerah Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan juga diramal mengalami cuaca buruk sedemikian.