SHAH ALAM, 18 Jan — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengenakan sejumlah pampasan jika calonnya melompat parti setelah menang pilihan raya.

Demi memastikan kesetiaan wakil rakyatnya, ia menyediakan dokumen tetapi penasihat undang-undangnya enggan mengulas lanjut, lapor Sinar Harian.

“Selain mengangkat sumpah, kontrak dibuat agar tiada calon melompat parti dengan mengenakan sejumlah pampasan. 

Perjanjian dibuat bagi melumpuhkan perkara yang mencatatkan demokrasi berparlimen,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Peguam itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pampasan yang dikenakan walau ada laporan yang menyebut ia bernilai RM20 juta.

Ia mungkin akan menjengkelkan mata orang. Tetapi ia satu jumlah yang perlu untuk kembalikan sistem demokrasi berparlimen yang sihat,” katanya. 

Mohamed Haniff berharap langkah itu dapat menghalang “parti yang membuat duit haram daripada pentadbiran sebelum ini” tidak membeli wakil rakyatnya.

Wakil rakyat melompat parti dengan habuan wang disifatkannya “individu yang menjahanamkan kepercayaan rakyat terdahap sistem demokrasi berparlimen.” 

– SinarHarian