Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga ikan sepanjang Ramadan ini dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perikanan esok, bagi membincangkan bagaimana untuk menstabilkan harga ikan khususnya di pasar tani.

“Saya menerima maklum balas daripada nelayan terutama di perairan Selat Melaka bahawa walaupun cuaca baik, namun, lautan bergelora menyebabkan tangkapan ikan terjejas.