Adalah keterlaluan bila ada Melayu-Melayu didalam pakatan pembangkang yang menjulang Lim Kit Siang sahingga ke langit tujuh kononnya beliau adalah seorang pembela agama Islam dan menaikkan martabat bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.

Malah ada pemimpin didalam pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP berbangga dan berharap agar semua bangsa Melayu menjadi dan mencontohi sikap Lim Kit Siang yang kini tanpa mereka sedar sedang mempergunakan Mahathir didalam menentang kerajaan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Mereka sanggup menipulasi suasana dan mengambarkan seolah Lim Kit Siang tidak pernah menolak Perlembagaan malah Lim juga dikatakan sebagai seorang yang telah mendaulatkan Raja-raja Melayu malah Lim juga dikatakan tidak pernah membantah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ini lah diantara sifat munafik pemimpin Melayu didalam pembangkang yang mahu menjulang Lim Kit Siang dengan menipu rakyat jelata sahingga menyembunyikan tindak-tanduk pemimpin DAP ini yang sedang menginjak-injak bangsa Melayu dan agama Islam hari ini.

Seterusnya baca disini …