Bicara 1 Suara Kepimpinan

Bekas pensyarah UKM calon gabungan pembangkang PKR Parlimen Putrajaya

Oleh editor / dalam Isu Terkini / pada Monday, 16 Apr 2018 10:00 AM / 0 Komen / 153 sudah membaca
Bekas pensyarah UKM, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat dan Ketua Wanita PPBM, Rina Harun masing-masing diu
Bekas pensyarah UKM, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat dan Ketua Wanita PPBM, Rina Harun masing-masing diumumkan calon Parlimen Putrajaya dan Titiwangsa.

PUTRAJAYA 16 April – Gabungan pembangkang PKR mengumumkan bekas pensyarah UKM, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat sebagai calon Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan, Muhammad Suhaimi Yahya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut diumumkan Ketua Wanita PPBM, Rina Harun sebagai calon di kerusi Parlimen Titiwangsa.

Samsu Adabi dan Rina masing-masing dijangka berhadapan persaingan dua parti lain iaitu BN dan Pas.

Penyandang kedua-dua kerusi parlimen itu ketika ini adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Leave a Reply