Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas ahli parlimen PKR kerana didakwa menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor.

Sumber mendedahkan bekas ahli parlimen yang juga adalah ketua cawangan PKR di Selangor turut disiasat kerana didakwa menipu simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.

Ketika dihubungi kemudian, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mendedahkan butiran kes.

Penahanan ahli parlimen itu mulai tersebar menerusi aplikasi WhatsApp semalam yang antara lain mengaitkannya dengan dakwaan rasuah.

Ia dikatakan berkaitan urusan pembinaan bagi membolehkan syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.

Sebaliknya sedang hangat beredar di dalam medium internet, WhatsApp :

Manikavasagam A/L Sudram iaitu Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) yg juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor telah ditangkap SPRM hari ini (15.06.2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30,000.00 (tunai) dari seorang Kontraktor Klas G3 sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta.

SPRM telah mengesahkan penangkapan tersebut selepas membuat intipan selama 4 bulan berikutan terdapat banyak aduan rasmi yg diterima berkaitan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Penyelaras Dun, Ketua Cabang dan Pengerusi Biro Aduan PKR.

Sumber SPRM memaklumkan penyiasatan berkaitan Salahlaku Manikavasagam telah dimulakan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kapar iaitu memperdayakan OKU dengan mengeluarkan semua caruman OKU tersebut di KWSP dengan jumlag lebih RM60,000 dan 8 kes lagi yang sedang dalam siasatan SPRM sehinggalah tertangkapnya Manikasagam pada hari ini.

Beliau akan direman beberapa hari bagi menjalani siasatan terhadap semua aduan rasmi yg di terima oleh pihak SPRM.