Pertamanya ketika kita menerima sebarang maklumat dari media sosial, tidak perlulah kita tergopoh gapah menyebarkannya bagi tujuan untuk memastikan bahawa perkara yang disebarkan adalah enar dan sahih sumbernya, kerana kesan dari sebaran berita tidak benar boleh mendatankan kemudaratan kepada negara.

Begitu juga jika menerima maklumat akan janji-janji yang di lemparkan oleh puak pembangkang, pastikan dan fikir akan logiknya janji-janji yang diberikan agar rakyat tidak tertipu dengan segala janji manis pembangkang yang kita tahu mereka ini bijak menaburkan janji.

Sepertimana janji-janji pakatan pembangkang didalam apa yang mereka panggil Bajet Alternatif dari pihak pakatan pembangkang yang kita sedar bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak realistik cuma sekdar sedap dibaca sahaja.

Kebanyakkan dari janji puak pembangkang ini tidak pernah pun mereka tunaikan didalam negeri yang mereka urus seperti di Pulau Pinang dan Selangor, cuma ianya ada lah sekadar berjanji yang bukan untuk ditunaikan tetapi untuk mendapatkan simpati kepada mereka dari pengundi apa tah lagi menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.

Mereka berjanji untuk berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, tetapi dalam tidak rakyat sedar perbelanjaan negeri yang di uruskan oleh puak pembangkang ini telah meningkat berlipat kali ganda sejak mereka mengambil alih dari kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat harus sedar dan tidak terpegaruh dengan janji puak pembangkang ini, rakyat harus tahu bahawa semenjak mengambilalih kerajaan negeri Selangor perbelanjaan menguruskan negeri itu telah meningkat berlipat kali ganda daripada RM1.15 billion (2008) kepada RM2.34 billion (2016), jadi dimana yang mereka kata mahu berjimat didalam perbelanjaan.

Begitu juga dengan kerajaan Pulau Pinang dikhabarkan mereka juga telah berbelanja dengan boros sahingga membabitkan peningkatan perbelanjaan yang juga bukan sedikit daripada RM252.3 juta (2007) kepada RM825.9 juta (2016), dimana penjimatan dan berbelanja secara berhemah yang mereka laungkan ini.

Begitu juga dengan janji mahu menghapuskan cukai GST, tetapi mereka tidak pernah membentankan sumber pendapatan negara bagi menguruskan negara sekirana mereka mengambil alih Putrajaya, janji pendidikan percuma mereka hanya sekadar ata skertas sahaja sedang beberapa pusat pengajian tinggi yang di urusakan puak pembangkang ini masih lagi mengenakan yuran pengajian, jadi boleh di percayaikah dengan janji mahu memberi pendidikan percuma ini.

Rakyat harus sedar bahawa ini bukanlah pembentangan bajet yang pertama kali mereka war-warkan namun sahingga kini belum ada satu pun pembentangan bagaimana mereka mahu mendapatkan sumber hasil bagi menampun kos perbelanjaan yang bakal digunakan untuk rakyat dan negara, bak kata orang lama janji dengan air liur maka dapatnya air liur juga lah.

Bagaimana pakatan pembangkang ini mahu menguruskan negara jika tidak mempunyai sumber kewangan dan bagaimana mereka mahu meningkatkan pendapatan jika tidak memberi sumber pemdapatan mereka, adakah ini mampu memberi keyakinan rakyat untuk mempercayai janji mereka, sedangkan untuk mengadakan perhimpunan mereka pun mengutip derma dari pengunjung yang datang.

Sedarlah rakyat Malaysia bahawa janji pakatan pembangkang boleh menjadikan negara ini papa kedana dan rakyat akan menderita kerana kerugian perniagaan, maka akan berlaku kehilangan pekerjaan dan akan bertambahlah kejadian-kejadian jenayah seperti merompak akan berlaku dan ini semuanya akan membabitkan negara dan rakyatnya.

Rakyat juga harus membuka mata bawa bajet mereka ini hanya sekadar mahu menanamkan rasa benci rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional yang bakal membentangkan bajet mereka yang kebiasaannya akan memberi banyak menfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan bukannya untuk dinikmati oleh rakan sahabat pemimpin pembangkang sahaja.

Seterusnya baca disini ..