Pengurangan kadar cukai pendapatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Bajet 2018 sebanyak 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM 20 ribu hingga RM70 ribu setahun.Secara tidak langsung melalui pengumuman ini, pengurangan kadar cukai dapat dinikmati oleh setiap 2.3 juta pembayar cukai terutama golongan pendapatan pertengahan atau secara khusus isi rumah yang berpendapatan RM 9 ribu ke bawah.

Kesan yang seimbang boleh dirasai jika kesemua penambahan tunai ini dibelanjakan semula dengan memetik ulasan daripada Ketua Pegawai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, “Sungguhpun pengurangan kadar cukai ini bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna di antara RM 300 dan RM 1,000 bagi kumpulan pendapatan pertengahan (M40) serta menangani isu kenaikan kos sara hidup, namun ia masih akan memanfaatkan ekonomi negara dengan andaian penjimatan ini dibelanjakan semula 261 ribu pembayar cukai yang terbabit,” tegasnya.

Ini bermakna, jika andaian 261 ribu pembayar cukai tidak lagi perlu membayar cukai, ini meningkatkan RM 1.5 bilion ringgit lebihan pendapatan boleh guna. Secara tidak langsung dapat menyumbangkan kepada ekonomi negara hasil perbelanjaan semula golongan ini.

Kesan baik sebaliknya jika penjimatan oleh pembayar cukai kepada simpanan secara berkalaa setiap tahun yang mereka lakukan. Jika dikaji dari sudut penjimatan, setiap banjaran pendapatan akan menikmati pengurangan cukai kena bayar antara RM 300 hingga RM 1000 setiap tahun. Pengiraan pengurangan cukai seperti jadual di bawah:

JADUAL PENGIRAAN JUMLAH PENGURANGAN CUKAI MENGIKUT BANJARAN PENDAPATAN

Pendapatan Bercukai (RM) Kadar Cukai TT 2017                    (%) Cukai Kena Dibayar 2017 (RM) Kadar Cukai TT 2018                    (%) Cukai Kena Dibayar 2018 (RM) Pengurangan Cukai (RM)
20,001 – 35,000 5 *500 3 *200 300
35,001 – 50,000 10 2,400 8 1,800 600
50,000 – 70,000 16 5,600 14 4,600 1,000
TT – Tahun Taksiran
* Cukai Bersih selepas Rebat RM400

 

Pengurangan cukai ini memberikan penambahan aliran tunai kepada individu pembayar cukai. Andaian setiap tahun, individu tersebut akan melakukan simpanan hasil manfaat pengurangan cukai ini dengan mengambilkira secara konservatif faedah atau dividen semasa tahunan yang diperolehi pada kadar 6% setiap tahun.

 

JADUAL PENGIRAAN JUMLAH SIMPANAN DAN DIVIDEN PADA TAHUN KE 10

Pengurangan Cukai(RM) Kadar Faedah Tahunan(%) Jumlah Tahun Simpanan Tahun ke 10                 (RM)
300 6 10 4,161
600 6 10 8,322
1,000 6 10 13,870

 

Berdasarkan simpanan yang konsisten selama 10 tahun yang dilakukan oleh pembayar cukai, simpanan dapat digandakan hingga dapat mencapai jumlah keseluruhan sehingga antara RM 4 ribu ke RM 13 ribu.

Oleh itu, terpulang kepada individu untuk melakukan langkah bijak dalam mengatur perancangan kewangan selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi setiap rakyat di Malaysia.