Azmin Pandang Remeh Isu Air

KESENGSARAAN rakyat Selangor dipandang remeh oleh pentadbiran pakatan harapan di negeri tersebut. Air adalah kemudahan ASAS bukannya perkara sembarangan dalam kehidupan kita sehari harian. Umpan air percuma tidak dapat mengantikan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Selangor.

Namun perkara tersebut dilihat sebagai perkara KECIL dan pakatan diketuai DAP memilih untuk mengembar-gemburkan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang bukan lagi menjadi isu negara.

Siasatan yang dilakukan oleh semua pihak berkuasa negara seperti Audit Forensik, SPRM, PAC, polis dan lain-lain lagi mengesahkan tidak berlaku sebarang masalah dan tidak ada satu sen pun wang 1MDB dalam kocek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah pakatan diketuai DAP ini menuduh Barisan Nasional cuba melindungi isu 1MDB sedangkan siasatan telah membebaskan 1MDB dari segala tuduhan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang jarang berbahas di parlimen namun apabila bersuara hanya membawa fitnah 1MDB.

Rakyat Selangor melihat tindakan Azmin Ali tersebut didorong oleh kegagalan pakatan diketuai DAP mentadbir Selangor. Sepatutnya dalam setiap ceramah mereka membawa kisah kejayaan namun memandangkan hanya ada isu kegagalan pakatan sahaja di Selangor maka mereka terpaksa mengitar semula isu 1MDB yang telah sahih bebas dari sebarang salahlaku.

Kegagalan Azmin dalam isu penstrukturan semula air Selangor dan tindakan melambat-lambatkan proses tersebut dilihat menjadi punca utama masalah air terawat di negeri yang pernah menjadi antara negeri termaju di Malaysia. Namun cerita kejayaan tersebut kini hanya tinggal kenangan.

Selangor kini hanya menjuarai masalah dan membebankan rakyat semata-mata. Mereka mencatitkan negeri tertinggi yang mempunyai kes denggi, masalah sampah, masalah air terawat, jalan berlubang, masalah sosial dan lain-lain lagi.

Sebelum ini Azmin dengan angkuh dan bongkak mengajak Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili melihat sendiri empangan dan rizab air negeri, dan menuduh Putrajaya mempolitikkan gangguan bekalan air di negeri itu. Beliau menyenaraikan 9 empangan di Selangor yang sama ada 98% atau 100% penuh, antaranya Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Klang Gate dan Sungai Langat. Disamping itu juga beliau turut membidas Ketua Setiausaha Datuk Seri Zaini Ujang, seterusnya mencabar penjawat awam itu untuk turun bertanding pilihan raya umum ke-14.

Azmin Ali seharusnya memahami terlebih dahulu makna margin simpanan air sebelum membuat ‘ serangan balas’. Secara ringkasnya ia merupakan satu kaedah projeksi simpanan air dengan penggunaan air terawat masa hadapan. Makna kosong peratus margin simpanan air ialah air terawat yang dihasilkan menerusi loji rawatan air yang hanya cukup-cukup untuk diagihkan kepada pengguna menerusi paip. Negeri Selangor tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangki besar di kawasan perumahan atau perindustrian.

Di Selangor, isipadu permintaan air sama dengan isipadu penghasilan air terawat. Jika berlaku kerosakan loji atau paip pecah, maka kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air sehinggalah kerosakan tersebut dapat dipulihkan. Jumlah gangguan bekalan air merupakan petunjuk utama untuk memantau tahap perkhidmatan bekalan air. Di Selangor sebagai contoh, sebanyak 259,537 aduan berhubung gangguan bekalan air direkodkan pada 2016 berbanding jumlah nasional 416,201.

Azmin sebenarnya seorang pemimpin yang gagal. Pakatan harapan merupakan gabungan parti yang gagal. Mereka hanya bergantung kepada fitnah dan tohmahan semata-mata untuk menonjolkan diri dalam arena politik tanahair. Akibat ketandusan kisah kejayaan maka mereka bertindak mengitar semula isu 1MDB yang jelas melalui siasatan terperinci bebas dari sebarang salahlaku. Dakwaan pakatan pembangkang diketuai DAP hanya tohmahan jahat semata-mata.