KUALA TERENGGANU – Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Udin San telah memuat naik rakaman video sesi perbahasan Bajet Terengganu 2018 oleh Adun Manir, Hilmi Harun di Wisma Darul Iman, semalam.

Dalam video berdurasi memaparkan Adun PAS itu ‘diserang’ oleh adun-adun dari Barisan Nasional kerana membawa isu mengenai keadaan ekonomi negara tanpa mengemukakan bukti atau indikator bagi membenarkan hujahnya.

Menurut Udin San, dia malu ada wakil rakyat seperti Hilmi.

“Susah gak jadi wakil rakyat nih. Kena buat homework dulu. Klu tak buat homework, alahai… nampak mcm tak sekolah… malu ..sampai ke aku rasa malu kalau berada kat tempat tu…,” katanya.

 

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan sehingga kini mendapat lebih 350 perkongsian dengan tontonan lebih 40 ribu kali.

Netizen yang menonton video tersebut turut sama mempersoalkan dakwaan Adun PAS itu. Antara komen-komen netizen seperti bi bawah: