Setelah menjadi tanda tanya pemerhati politik maka keputusan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR adalah bertepatan dengan jangkaan apa yang akan dibuat oleh kepimpinan PAS di dalam muktamar PAS ke-63.

Keputusan yang dibuat oleh sebulat suara membuktikan bahawa PAS benar-benar tertekan dengan mainan rakan pakatan mereka dahulu semasa bersama didalam Pakatan Rakyat, yang kini telah menjadi Pakatan Harapan.

Walaubagaimana pun keputusan akhir hanya bergantung kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk dimuktamadkan.

Ramai pemerhati politik kini bertumpu ke Muktamar PAS yang sedang berlansung di Kedah gara-gara terdapatnya ura-ura bahawa parti PAS akan memutuskan hubungan politik mereka dengan pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Ini semua adalah tindakan kepimpinan didalam pakatan pembangkang kerap mengenepikan parti PAS didalam tindakan mereka sahingga kepada kecaman terhadap kepimpinan Datuk Seri Hadi Awang, yang kebelakangan ini kerap dicemoh dan dipersenda oleh beberapa orang kepimpinan didalam pakatan pembangkang.

Kebanyakkan Ahli PAS beranggapan bawa PKR bukanlah rakan pasukan yang boleh dipercayai sama sekali apatah lagi dengan kemasukkan parti setahun jagung PAN kedalam pakatan yang mendapat sokongan pe nuh dari PKR.

Perkara terbukti semasa pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dimana parti pembangkang lebih memberi tumpuan kepada calon PAN yang bertanding, berbanding dengan parti PAS, dan PAS beranggapan bahawa PKR telah tidak menghormati semangat setia kawan.

Begitu juga dengan kegagalan PKR didalam memberi sokongan kepada usaha PAS yang mahu memperkasakan Mahkamah Syariah melalaui pembentangan RUU 355 oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, yang mana PKR dilihat menyebelahi pihak DAP yang menentang keras pendaan berkenaan.

Pemerhati politik juga berpendapat bahawa keceluparan pemimpin PKR sejak akir-akhir ini jelas melihatkan kebiadapan mereka dan sekali gus menunjukkan bahawa PKR tdak lagi memerlukan sokongan PAS.

Bersandarkan kepada tindak-taduk dan gelagat pemimpin PKR inilah maka perwakilan yang hadir ke Muktamar PAS kali ke 63 telah mendesak kepimpinan parti PAS untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR setelah melakukan perkara yang sama dengan DAP sebelum ini.