Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Shah Alam, Selangor hari ini tidak menjadi kepentingan perjuangan politiknya buat masa ini.

Ujar ADUN DAP itu, jemputan penduduk yang memintanya hadir ke program menandatangani petisyen mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah banjir di Taman Seri Setia di sini hari ini lebih mustahak dan perlu diutamakan.

“Saya tidak pasti dapat surat jemputan CEC atau tidak, rasanya dapat tetapi temu janji bersama penduduk yang dibuat minggu lalu perlu didahulukan.

“Saya yang juga perwakilan cawangan Taman Bungah bukan mahu memboikot CEC tetapi mendahulukan perkara yang sepatutnya dilakukan wakil rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

CEC hanya dihadiri 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan DAP yang lawak mengundi menyaksikan penurunan jumlah pada 2013 iaitu 1,725 orang.