LONDON: Sekurang-kurangnya enam dikhuatiri terbunuh dalam dua kejadian di London, lapor akhbar The Sun. Menurut Reuters, akhbar itu juga melaporkan tiga penyerang berhampiran London Bridge ditembak mati polis.

Sementara itu, AFP melaporkan polis berkata, kejadian di London Bridge dan pasar Borough adalah perbuatan pengganas. “Pada jam 12.25 pagi waktu tempatan kejadian di London Bridge dan pasar Borough diisytiharkan sebagai tindakan pengganas, ” kata polis menerusi Twitter.

Bagaimanapun, polis mengesahkan insiden ketiga di Vauxhall tiada kaitan dengan pengganas. Reuters/AFP