Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melaungkan lima semboyan untuk ahli parti mempraktikan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14) tahun hadapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata lima perkara ini adalah keutamaan dalam memastikan UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan besar kelak.

‘Ucapan Presiden UMNO telah memberi suntikan semangat kepada pejuang-pejuang UMNO dan smua ahli yang menyentuh banyak perkara penting termasuk kesiapsiagaan jentera pilihan raya UMNO sendiri dn perlunya tindakan yang perlu kita laksanakan’.

‘Dan yang paling utama dalam ucapan itu Presiden telah meninggalkan 5 semboyan yang perlu dipraktikan sebelum kita hadapi PRU14 nanti iaitu:-

1 – Kita mesti bergerak dalam 1 pasukan dan bermuafakat.

2 – Kita berada dalam landasan yang betul.

3 – Kita bertindak dengan pantas selesaikan segala masalah sesama kita dalam suasana penuh kekeluagaan.

4 – Kita perlu bertempur menangkis tohmahan dalam alam maya dan media sosial.

5 – Bertarung dengan semangat juang tinggi dan akhirnya kita berserah dan bertawakal kepada Allah SWT.

Beliau berkata demikian di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur tengah hari ini.

Sementara itu Ahmad Razif memberitahu UMNO dan Barisan Nasional Terengganu kini berada dalam persiapan yang tertinggi dan bersedia menghadapi PRU14.

‘Umno negeri Terengganu kini berada dalam persiapan yang tertinggi dan rapi sekarang ini dan bersedia bila-bila masa hadapi pilihan raya umum’.

‘PRU akan datang yang dikatakan paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Malaysia namun kita yakin dengan persediaan dan strategi kita akan mampu menang cemerlang dengan majoriti dua pertiga di peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara’ tambahnya. – www.Terengganu.News